Destinasi – Pakar Permukaan Alami
Cosentino kini muncul peneraju global dalam permukaan inovatif dengan hampir 110 ruang pamer seluruh dunia. Bermula dari sebuah bengkel di Almeria, Sepanyol, jenama ini membangunkan koleksi Silestone yang melancarkan Cosentino sebagai perintis permukaan Quartz, kedua-duanya telah mula mengembangkan teknologi mereka sendiri menggunakan batuan semula jadi.

Kini, Cosentino berpusat di Sungai Buloh merupakan ruang pamer terbesar di Asia. Ruang interaktif baru ini menyuarakan sentimen mesra alam termasuk ruang pamer lain di seluruh dunia, dan menggunakan perabot tanpa plastik.
Yang Istimewa
Ruang pamer berkeluasan 46,607 kaki persegi, Cosentino Centre menawarkan himpunan kemasan terbaik yang berkualiti daripada quartz, marmar, granit, batu semula jadi, batu kapur dan travertine berkilat menonjolkan ajnas warna, tekstur, dan ira semula jadi. Untuk membantu meningkatkan kebebasan kreatif pereka dalaman dan arkitek, tiga jenama di bawah nama Cosentino - Silestone®, Dekton® dan jenama premium Sensa® bakal mencetuskan inspirasi dengan kombinasi bahan, konfigurasi dan reka bentuk yang berbeza. Sama ada gaya klasik atau kontemporari, permukaan inovatif dan berteknologi jenama ini mampu memenuhi keperluan projek sama ada kediaman mahupun komersil.
Di Mana?
Cosentino berlokasi di Jalan TSB 8, Taman Industri Sungai Buloh, 47000 Petaling Jaya, Selangor. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.cosentino.com/en-my/
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

