Destinasi - Elastik Kulit Mewah - Glam Malaysia

Destinasi – Elastik Kulit Mewah

Wujud sejak 1928, Babakagu by Nostaloft membawakan seni pertukangan dan kehalusan pembuatan sofa orang Jepun dalam balutan kulit mewah dari Jerman.

Apa?

Berpengalaman selama 90 tahun dalam industri pembuatan sofa kulit bermutu, Babakagu berpegang pada falsafah penggunaan material terbaik serta tidak gentar mempersembahkan pembaharuan reka bentuk. Jenama Babakagu mengambil berat dan terbabit penuh dalam keseluruhan proses pembuatan sofanya bermula dari pemilihan bahan, memotong, menjahit, memasang sehinggalah proses akhir. Malah, kehalusan dan ketelitian kerja pertukangan Babakagu membezakan jenama ini dari platform sedia ada dalam menghasilkan sofa berkualiti dan berpersonaliti.

Yang Istimewa

Sofa Babakagu dibaluti material premium kulit asli HO yang diimport terus dari Jerman. Musim sejuk di Jerman, menjadikan kulit lembu lebih tebal dan memiliki liang lebih kecil untuk menangkis sinaran matahari dan gigitan nyamuk. Dipersembah dalam estetika moden dan praktikal fungsi, sofa-sofa keluaran jenama ini mengadaptasi teknik pembuatan dari Jepun; minimal dan malar segar. Direka untuk kegunaan sepanjang zaman, material kulit umumnya bersifat klasik dan tahan lasak, pengguna boleh mendapatkan khidmat pembaikan di Babakagu jika terdapat kerosakkan sepanjang penggunaan.

See also
Ruang - Panduan Memilih Perabot Dengan Bijak

Di Mana?

Lihat dan rasai sendiri keanjalan dan kemewahan sofa kulit Babakagu by Nostaloft di ruang pamer aras 2, BSC.