Kad Platinum American Express Keluli Dilancar Buat Kali Pertama
Maybank adalah bank rakan kepada American Express di dunia dalam memperkenalkan kad American Express Platinum Card dalam material keluli. Berlangsung di St Regis Kuala Lumpur, majlis gilang-gemilang diadakan bagi mempersembahkan kad stainless steel baru ini kepada 50 pelanggan penting Maybank.
Datuk John Chong, CEO Kumpulan untuk Khidmat Kewangan Komuniti dan Sanjiv Malhotra, Naib Presiden bagi Khidmat Rangkaian Global untuk Asia Tenggara dan Pasifik Selatan di American Express; disertai oleh Datuk Hamirullah Borhan, Ketua Khidmat Kewangan Komuniti untuk Maybank Malaysia serta B. Ravintharan, Ketua untuk Kad Maybank.
Bertahun sudah Maybank menghidangkan servis terbaiknya kepada para pelanggan menerusi kad platinum American Express. Keperluan gaya hidup serba mewah terus dipenuhi menerusi pelbagai keistimewaan. Antaranya adalah Membership Rewards yang tiada tarikh luput, naik taraf Hotel melalui program Hotel Elite Tiers, unlimited access kepada airport lounge seluruh dunia, banyak penjimatan dalam kos penerbangan untuk Etihad Airways, Emirates, QATAR Airlines serta Singapore Airlines.
Majlis berprestij ini turut menampilkan Aston Martin dan Mouawad sebagai melengkap tema malam terse but iaitu Luxury Redefined. Para tetamu elit dihiburkan dengan alunan jazz hingga acara selesai.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

