Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Pengganti - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Pengganti

Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Pengganti

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tiada siapa mengetahui apakah punca sebenar Amber disingkirkan. Setakat ini, beberapa media mendedahkan bahawa dia melanggar klausa kesihatan dalam kontraknya kerana tidak menjaga penampilan fizikal, atau mungkin kerana terlibat dengan penggunaan bahan terlarang.

Kemungkinan juga ia disebabkan oleh imejnya yang telah tercalar di mata umum. Prosiding perceraian yang rumit antara Amber dan Johnny telah memusnahkan kerjaya kedua-dua bintang A-list ini.

Apa jua alasan, peminat mengakui berita ini membuatkan mereka lebih teruja untuk menonton filem Aquaman yang seterusnya. Jika benar Amber disingkirkan daripada projek ini, maka tempatnya harus diisi oleh pelakon yang sama hebat.

Dalam filem ini, Mera merupakan watak romantis di samping peranan utama yang dilakonkan oleh Jason Momoa. Dan bukan mudah untuk tampak sepadan di samping pelakon bertubuh sasa ini, disebabkan itu peminat yakin satu-satunya pelakon yang layak menggantikan tempat Amber adalah Emilia Clarke.

Emilia dan Jason pernah bekerjasama sebelum ini menerusi siri Game of Thrones dan peminat kini sudah tidak sabar untuk melihat gandingan mereka dalam filem seterusnya.

See also
Billie Eilish Dedah Inspirasi Gaya Rambut Terbaharu

Foto: Getty Images

Baca: Peminat Mahu Amber Heard Digugurkan Daripada Aquaman 2