Akhiri Jelajah Asia, Eric Nam Pukau Peminat Malaysia - Page 6 of 6 - Glam Malaysia

Akhiri Jelajah Asia, Eric Nam Pukau Peminat Malaysia

Penyanyi dan penulis lagu, Eric Nam memilih untuk mengakhiri Konsert jelajah Asia Before We Begin 2020 di Malaysia. Berlangsung di The Bee, Publika, Eric telah menyanyikan 18 buah lagu buat "NamNations" yang menunggu seawal jam lima petang di Publika pada 17 Januari lalu.

Gambar: Instagram Eric Nam

Antara lagu dalam setlists yang dinyanyikan Eric ketika konsert itu berlangsung adalah Congratulations, You’re Sexy I’m Sexy, Don’t Call Me, Runaway dan Cave Me In yang mempromosi album Before We Begin, album bahasa Inggeris pertamanya yang baru sahaja dikeluarkan November tahun lalu.

Eric turut menyampaikan beberapa lagu hitnya dan memukau penonton dengan suaranya yang lunak. Beberapa lucky fans turut mendapat nyanyian khas  daripada Eric sempena hari jadi mereka.

Eric kini sedang meneruskan konsert jelajah Before We Begin di Amerika Latin dan Utara. Sedikit fakta mengenai penyanyi korea-Amerika ini, dia pernah dinamakan sebagai GQ Korea’s Man Of The Year, Forbes 30 Under 30 Asia, dan Honorary Ambassador bagi 2018 Winter Olympics.

6 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gambar: Instagram Eric Nam