
Biarpun Atilia Haron sibuk menguruskan dua buah pusat Yoga yang diberi nama ‘Yoga One That I Want’, di Damansara Perdana dan Shah Alam, penyanyi kecil ini juga masih aktif menyanyi. Dan kini sedang mengikuti kursus Teacher Training Course di Koh Samui, Thailand demi memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuannya terhadap senanam Yoga.
Masih menyanyi?
Sudah tentu dan sebenarnya saya sedang menyiapkan album ketiga saya yang bakal dikeluarkan awal tahun hadapan. Mungkin sekarang saya sedang dilanda ‘demam yoga’ dan kebanyakan gambar-gambar yang dimuat turun di dalam Instagram dipenuhi dengan aktiviti yoga. Tetapi saya masih aktif menyanyi buat acara makan malam korporat dan sebaliknya. Juga masih aktif menyanyi di kelab-kelab jaz sekitar ibu kota.
Mengapa memilih senaman yoga?
Yoga mengajar saya erti disiplin dan mengenali setiap ceruk anggota badan saya dengan lebih baik. Ia juga mengajar saya mengamalkan pemakanan sihat dan juga kebersihan minda. Yoga is more than just doing poses.
Sudah berapa lama mempraktikkan senaman ini?
Hampir sembilan tahun lamanya. Tapi cuma sekarang saya mula mengambil kursus untuk mengajar. And I feel to be certified is important. Yang penting saya tidak berani untuk mengajar tanpa kelulusan.
Manfaat senaman yoga dalam kehidupan seharian?
Terlalu banyak untuk disenaraikan satu persatu. Adalah penting untuk diketahui ramai dengan melakukan yoga, sistem kawalan pernafasan akan menjadi lebih baik begitu juga dengan sistem refleks dan perjalanan darah juga lebih lancar.
Pendapat anda tentang sesetengah ritual yang dianggap haram?
Sebenarnya mantra yang dibaca boleh jadi apa sahaja yang kita mahukan agar minda kita akan menjadi tenang dan seimbang. Terpulang kepada individu untuk membaca apa sahaja yang terlintas tetapi di studio yoga saya memang tidak ada mantra yang akan dibaca kerana ia terlalu sensitif. Jika ada sebaliknya saya akan mengucapkan ‘La Ilaha Illah’.
Yoga sebagai satu bidang yang bakal anda ceburi secara serius?
Tentunya. Saya sanggup tidak menyambut bulan puasa dan raya tahun ini bersama keluarga dan sebaliknya hanya bersendirian selama sebulan untuk menjadi seorang guru yoga.
Bagaimana untuk melatih tubuh agar lebih lentur dan fleksibel?
Pemakanan yang seimbang bersama gerakkan dan teknik yang betul. Juga keberanian, kesabaran, berdisiplin tinggi dan selalu membuat stretching.
Perbezaan di antara senaman yoga dan pilates?
Banyak. Tetapi secara ringkasnya yoga tidak memerlukan props tetapi Pilates memerlukannya. Pilates masih baru jika dibandingkan dengan yoga dan kedua-duanya bagus. Pilates is good for toning, strengthening and cardio.
Bagaimana untuk menghindari cedera saat beryoga?
Kesabaran adalah paling penting, stretching sebelum mula dan amalkan tiada niat untuk bertanding dan pernafasan perlu betul.
Adakah tubuh yang berisi menjadi penghalang untuk beryoga?
Semestinya tidak. Fleksibiliti dan kekuatan tidak kenal erti berat badan. Kadang-kadang yang berisi lebih kuat dan fleksibel.
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-DRAGON dan ...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan S...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Paling Banyak
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Peng...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
