Hijab Ikon: Perjalanan Sharifah Rose Menjadi Wanita Kuat
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup m...
Read Full BioSharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira atau lebih dikenali sebagai Sharifah Rose adalah seorang pelakon, model, pempengaruh dan usahawan muda Malaysia yang kini semakin menyerlah dalam dunia seni dan fesyen Muslimah.
Sharifah Rose mula dikenali sebagai pempengaruh media sosial sebelum membawa bakatnya ke pentas lakonan drama tempatan seperti Kekasih Hati Mr Bodyguard dan beberapa naskhah lain yang menarik perhatian penonton Malaysia.
Perjalanan Sharifah Rose sebagai seorang hijabi bermula sejak usia remaja. Dia mula mengenakan hijab ketika berusia 15 tahun. Pengalaman berhijab bukan sahaja membentuk gaya peribadi, tetapi juga membawanya lebih dekat kepada komuniti Muslimah yang menghargai nilai kesopanan dan penampilan yang selari dengan prinsip Islam.
Bentuk gaya peribadi Muslimah

Namun seperti ramai selebriti lain, perjalanan sebagai seorang hijabi juga tidak terlepas daripada cabaran. Beberapa tahun lalu, ketika bercuti di Phuket, gambarnya tanpa berhijab tersebar di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen. Susulan isu tersebut, Rose tampil memberi penjelasan dan memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku. Dia mengakui kesilapan itu dan menyifatkannya sebagai satu pengajaran dalam hidupnya. Sejak insiden tersebut, dia dilihat lebih berhati-hati dalam menjaga imej dan perkongsian di media sosial.
Sharifah Rose juga dilihat sebagai salah satu wajah yang mewakili gaya hijab kontemporari yang sopan dan moden. Penampilannya sering mendapat pujian kerana gaya yang tidak terlalu berlebihan tetapi tetap menonjolkan sisi elegan dan sesuai dengan imej Muslimah masa kini.
Selain lakonan, Sharifah Rose telah mengembangkan peranan dan pengaruhnya dalam dunia fesyen Muslimah melalui jenama tudung sendiri, Hari Rose. Bagaimanapun, tahun lalu, dia membuat pengumuman bahawa dia tidak lagi terlibat dalam pengurusan jenama tudung tersebut.
Bukan itu saja, Rose juga pernah menjadi duta untuk barang perhiasan mewah, Habib dan terkini, wajahnya menghiasi kempen Swarovski untuk koleksi Aidilfitri bersama Mimi Lana dan Eyka Farhana.
Perjalanan Sharifah Rose sebagai hijabi di dunia hiburan Malaysia bukanlah sekadar tentang imej atau fesyen, ia merupakan komitmen peribadi terhadap nilai yang dipegang. Dalam era media sosial, di mana persepsi umum sering mempengaruhi cara kita menilai seseorang, dia menunjukkan bahawa menjadi seorang hijabi bukan penghalang untuk berkarya dan berjaya, tetapi sebaliknya boleh memberi inspirasi kepada ramai lagi wanita muda.
Artikel Berkaitan: 5 Gaya Santai Sharifah Rose Pilihan GLAM
Artikel Berkaitan
Hijab Ikon: Bella Dally Memilih Ketenangan
Hijab Ikon: Sofia Arissa Jadi Suara Wanita Moden
GLAM Hijab: 5 Jenama Telekung Mewah Untuk Ibu & Si Manj...
Hijab Ikon: Mira Filzah Inspirasi Gaya Wanita Muslimah Moden
Hijab Ikon: Anzalna Nasir Miliki Daya Tarikan Semula Jadi
GLAM Hijab: 5 Jenama Tudung Lokal Perlu Ada Dalam Wardrobe A...
Hijab Ikon: Pesona Sopan Nora Danish Berhijab, Inspirasi Wan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
