Rihanna Diangkat Sebagai Wira Barbados - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Rihanna Diangkat Sebagai Wira Barbados

Rihanna Diangkat Sebagai Wira Barbados

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Rihanna dilahirkan di Barbados pada 1988 sebagai Robyn Rihanna Fenty. Sebagai Wira Negara, dia kini membawa gelaran The Right Honourable, penghormatan yang hanya diberikan kepada 11 warganegara Barbados.

Penyanyi ini menjadi wanita kedua yang dianugerahkan gelaran tersebut dan merupakan salah seorang daripada dua penerima yang masih hidup selain Sir Garfield St Auburn yang berusia 85 tahun.

Pengasas Fenty ini telah lama menjadi ikon membanggakan buat negaranya. Pada 2008, dia dilantik sebagai duta kebudayaan negara dan menjalankan kerja-kerja promosi bagi pihak Kementerian Pelancongan Barbados.

Pada 2017, pulau itu meraikan Hari Kemerdekaan dengan menukar nama Westbury New Road kepada Rihanna Road secara rasmi sebelum melantiknya sebagai duta rasmi Barbados setahun kemudian.

 

Foto: Getty Images

 

Baca: Rihanna Ulas Album Terbaharu, “It’s Going To Be Completely Different”