Rihanna Diangkat Sebagai Wira Barbados - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Rihanna Diangkat Sebagai Wira Barbados

Rihanna Diangkat Sebagai Wira Barbados

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Barbados secara rasminya menyingkir Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara setelah hampir 400 tahun kapal Inggeris pertama berlabuh di Pulau Caribbean. Gabenor Umum Kelapan, Dame Sandra Mason mengangkat sumpah sebagai Presiden setelah memperoleh undian majoriti menerusi sidang parlimen.

Sewaktu menyerahkan penghormatan di acara yang turut dihadiri Putera Charles, Mia Mottley menyampaikan penghargaan dan harapannya buat pemenang Grammy itu.

“Bagi pihak negara dan rakyat yang berbangga, kami mempersembahkan Wira Negara, Duta Robyn Rihanna Fenty. Semoga anda akan terus ‘bersinar bagaikan berlian’ dan membawa kehormatan kepada negara menerusi kerja dan tingkah laku, serta berbuat kebajikan ke mana sahaja anda pergi,” ujarnya merujuk kepada lagu popular Rihanna, Diamonds.