Related Stories
GBC Beauty Connoisseur : Siapakah Arisa Soraya?
Wanita yang semakin mendapat perhatian ramai terutama sekali di media sosial. Arisa Soraya, pempengaruh digital. Dia memiliki seramai 54.1K pengikut di TikTok, dan kini sering menjadi wajah industri lokal hari ini.
1) Boleh kongsikan rutin cantik anda dari pagi hingga ke malam?
Rutin cantik yang baik bermula daripada pemilihan produk penjagaan yang betul. Selesai mencuci wajah, saya akan menggunakan esen, pelembap dan kemudian semestinya pelindung sinar sebelum memulakan hari saya. Pada sebelah malam pula, saya akan memastikan wajah saya kekal ekstra lembap. Ini kerana saya mahukan kulit wajah saya sihat bersinar seperti glazed donut.

2) Siapakah ikon kecantikan anda?
Selain daripada ibu saya yang menjadi guru kecantikan sebenar, saya juga gemarkan Victoria Beckham. Dia bijak dalam menguruskan empayar fesyen juga kecantikan. Oh! Tidak ketinggalan juga, gayanya yang sentiasa kelihatan effortlessly posh.
3) Bagaimana dengan rutin senaman anda?
Saya kini mula gemar mengikuti kelas Pilates dan Reformer. Biasanya saya akan memilih senaman yang lebih berfokus kepada core daripada kardio.
4) Boleh kongsikan look solekan kegemaran dan sering anda gayakan?
Sunkissed look menjadi gaya solekan kegemaran saya sejak kebelakangan ini. Saya sukakan apabila kulit menjadi sedikit keperangan. Saya juga gemar mengenakan maskara, pemerah pipi dan sedikit highlighter, untuk melengkapkan gaya solekan sunkissed glow ini.

5) Definisi self-care pada anda?
Self-care pada saya adalah, apa Sahaja yang anda lakukan, pastikan ianya juga baik untuk jasmani dan rohani anda.
6) Haruman kegemaran anda?
Haruman yang sentiasa menjadi kegemaran saya adalah haruman Solaris daripada jenama Penhaligon’s!
7) Apakah item kosmetik yang mesti ada di dalam beg tangan anda?
Dior Addict lipstick! Harus ada di dalam beg tangan saya. Ia adalah gincu harian yang saya gunakan kerana ia memberi lembapan optima buat bibir selain warnanya yang memikat hati saya.

8) Arisa Soraya memiliki rambut yang cantik, bagaimana anda menjaganya?
Aww… terima kasih. Sejujurnya, saya harus berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana memiliki gen rambut sihat daripada mereka. Rambut natural saya sememangnya halus namun tebal. Dan jika bercakap tentang segi penjagaan pula, saya jarang sekali menggunakan produk pemanas pada rambut… I believe that putting less heat on your hair everyday really makes a difference plus a really good hair tonic.
9) Nasihat kecantikan terbaik pernah anda terima?
Semestinya nasihat daripada ibu saya, dia selalu mengingatkan saya bahawa “classiness is timeless” juga dalam pada masa yang sama, “less is more” . Always….
Pautan Berkaitan: Sembang Cantik Beauty Conneiseurs dan The Face Shop
Artikel Berkaitan
“Ketika Take-Off Itulah Masa Saya Untuk…”-...
GLAM Reviu: GLAM Cuba Pengering Rambut Paling Ringan
GBC Lulus: 5 Lip Oil Viral Patut Dimiliki
GBC Lulus: Kami Mencuba 4 Hairspray Untuk Volume & Gaya ...
GBC Teruja Charlotte Tilbury Kini Di Sephora Malaysia
‘Less is more’, Nabila Huda Dedah Rahsia Kecantikan Yang...
GBC Lulus: Skrub Badan Terbaik Yang Menjadikan Kulit Lembut ...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
