‘Less is more’, Nabila Huda Dedah Rahsia Kecantikan Yang Diamalkannya
Nabila Huda tidak pernah gagal mencuri perhatian dengan bakat lakonan yang mengagumkan serta keperibadiannya yang autentik. Dikenali dengan gaya natural dan keyakinan tersendiri, aura Nabila sentiasa menyerlah. GLAM Beauty Club berkesempatan mengikuti sesi eksklusif ‘Get Ready With Me’ bersama beliau sempena tayangan perdana filem terbarunya, Gayong. Ikuti GLAM Beauty Club membongkar rahsia cantik Nabila Huda dan watak Che Som di dalam sesi tersebut.

1. Apakah definisi cantik untuk Nabila Huda?
Bagi saya, definisi cantik itu terletak pada keyakinan diri. Kita perlu sentiasa yakin, murah dengan senyuman dan hadirkan rasa bahagia dalam diri. Apabila hati gembira, senyuman terukir secara semula jadi dan dari situ, kecantikan terserlah. Kulit pun tampak lebih berseri dan sihat.
2. Siapa Che Som? Apakah impresi pertama Nabila Huda apabila ditawarkan watak ini?
Che Som merupakan isteri kepada arwah Meor Abdul Rahman yang merupakan pengasas silat gayong di Malaysia, dan beliau menjadi sumber kekuatan utama buat suami dan anak-anaknya. Apa yang paling membuatkan saya teruja tentang watak ini adalah sisi keibuannya yang penuh kasih sayang terhadap keluarga, namun dalam masa yang sama beliau memiliki ilmu silat. Gabungan kelembutan dan kekuatan inilah yang menjadikan Che Som sangat istimewa pada pandangan saya.

3. Untuk watak Che Som, apakah persiapan yang Nabila Huda lakukan untuk menghidupkan watak tersebut dari segi solekan dan pakaian?
Untuk menjayakan watak Che Som, saya bekerjasama rapat dengan pereka wardrobe peribadi saya. Sebelum penggambaran bermula, kami duduk berbincang tentang gaya dan penampilan yang saya bayangkan untuk Che Som. Saya juga libatkan beberapa ahli rakan kerja saya untuk bertukar idea agar watak ini benar-benar hidup. Dari segi solekan, Ezad Ibrahim melakukan kajian terlebih dahulu dan memberikan rujukan visual kerana kami mahukan sentuhan yang tampak effortless dan tidak terlalu sarat. Manakala gaya rambut pula, kami akan berbincang bersama bagi menentukan gaya yang paling sesuai dengan setiap babak yang bakal dirakam.
4. Ketika penggambaran Gayong, apakah cabaran menjaga kulit kala melakonkan babak aksi di persekitaran luar?
Ezad Ibrahim sentiasa memastikan kulit saya terjaga dengan memberikan kelembapan serta perlindungan dari sinaran Matahari dan lampu di set. Ini kerana kebanyakan lokasi penggambaran Che Som berlangsung di luar ruangan, bermula dari pagi hingga ke malam. Rahsia cantik untuk memastikan kulit kekal lembap dan terlindung adalah saya mengutamakan penggunaan moisturiser serta sunscreen. Selain itu, pada waktu malam, saya akan menjaga kulit saya dengan krim dan minyak kelapa untuk memastikan pada pagi berikutnya, kulit saya kembali segar dan berseri.

5. Bagaimana Nabila Huda memilih produk kecantikan?
Secara jujurnya, saya tidak mempunyai rutin penjagaan kulit yang tetap. Namun, apabila bekerja atau terlibat dalam sesi penggambaran yang memerlukan penggunaan makeup tebal, saya pasti perlu menjaga kulit dengan lebih rapi. Oleh itu, saya memilih produk yang memenuhi keperluan kulit saya. Rahsia cantik saya adalah saya amat menyukai minyak kelapa dan produk-produk organik kerana ia memberikan kelembapan semulajadi. Sekarang, saya tengah obses dengan produk jenama Fresh, yang saya rasa sangat sesuai dengan keperluan kulit saya.
6. Apakah nasihat kecantikan Nabila Huda untuk wanita di luar sana?
Kita perlu belajar menyayangi kulit sendiri dan menghargai setiap kekurangan yang ada, itulah rahsia saya. Keyakinan datang bila kita menerima diri seadanya. Walaupun setiap orang punya citarasa berbeza, bagi saya kecantikan paling menyerlah adalah apabila kita tidak perlu bersolek tebal untuk tampil menawan. Natural itu lebih asli, dan itulah yang paling cantik.
ARTIKEL BERKAITAN: GLAM First: Di Sebalik Solekan Ikonik Che’ Som Lakonan Nabila Huda
Artikel Berkaitan
“Ketika Take-Off Itulah Masa Saya Untuk…”-...
GLAM Reviu: GLAM Cuba Pengering Rambut Paling Ringan
GBC Lulus: 5 Lip Oil Viral Patut Dimiliki
GBC Lulus: Kami Mencuba 4 Hairspray Untuk Volume & Gaya ...
GBC Teruja Charlotte Tilbury Kini Di Sephora Malaysia
GBC Lulus: Skrub Badan Terbaik Yang Menjadikan Kulit Lembut ...
The GLAMazing Box, Kejutan Istimewa Sempena Lebaran GLAM Bea...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
