Tengku Syahmi: The Second Act - Glam Malaysia

Tengku Syahmi: The Second Act

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saat getir melanda semua, bumi sedang berduka. Semoga 2021 lebih membuka pintu kebahagiaan. Berkongsi kisah seorang pereka muda, semoga bingkisan ini mampu memberikan semangat serta inspirasi kepada semua.

Pengarah Kreatif: Nisa’ Halid Pengarang Fesyen: Johan Kasim Gambar: Edmund Lee/One3Four Studio Solekan: Ahma Dhani Dandanan: Yusof Ruzaimi Teks: Marini Mat Zain

Cuaca dingin minggu pertama 2021 menceriakan hari. Ada tugas perlu diselesaikan dan masing-masing hadir dengan wajah riang saling berbual-bual. Melangkah di pintu studio, Tengku Syahmi Tengku Mahmood ramah menyapa semua team GLAM di situ. Lantas duduk untuk ditemu bual sebelum memulakan sesi fotografi dan video.

Tengku Syahmi dalam baju Bottega Veneta dan beg kecil Bonia

Berpersonaliti peramah membuatkan semua orang selesa. Tengku Syahmi juga tidak lokek berkongsi sejarah dia berminat dengan dunia rekaan. Pada usia 13 tahun, Tengku Syahmi nekad menjadi pereka fesyen dan dia tidak berpaling lagi. Setiap cabaran disahut. Dia mula menempa nama setelah di angkat MIFA sebagai Most Promosing Designer pada 2009.
Keluarga terbuka menerima cita-citanya untuk bergelar pereka fesyen. Malah mereka menjadi pendorong utama saat Tengku Syahmi membina empayar sendiri. Lahirlah jenama Tsyahmi yang ditubuhkan pada 2014 bersama seorang rakan kongsi, Natalie Zainal.

See also
Senarai Trailer Dokumentari Fesyen Harus Tonton