Priyanka Chopra Jonas Dipuji Mentua Dalam The White Tiger - Glam Malaysia
Priyanka Chopra Jonas Dipuji Mentua Dalam White Tiger

Priyanka Chopra Jonas Dipuji Mentua Dalam The White Tiger

Bertuah badan Miss World 2000, Priyanka Chopra Jonas apabila lakonannya dalam drama Netflix terbaru, The White Tiger dipuji oleh bapa mentuanya di media sosial.

Pasti ramai sedar keluarga Jonas tidak segan mempamerkan sokongan dan kasih sayang secara terbuka. Bukan sahaja terhadap darah daging sendiri malah juga orang luar yang kini menjadi ahli keluarga mereka seperti Priyanka.

Menerusi satu hantaran di Instagram, bapa mentuanya Paul Kevin Jonas Sr berkongsi poster filem Netflix terbaharu, The White Tiger. Dalam coretan di kapsyen, dia meminta pengikutnya menonton filem tersebut yang turut dibintangi oleh Rajkummar Rao dan Adarsh Gourav.

“Anda semua harus menonton filem hebat ini, dibintangi oleh menantu kami yang luar biasa,” dia menulis. Priyanka membalas dengan emoji mata-hati di dalam ruangan komen.

Sementara itu, Nick Jonas turut dilihat memuji filem tersebut dan lakonan hebat isterinya. “The White Tiger kini berada di Netflix! Saya sangat berbangga dengan usaha keras isteri, Priyanka Chopra sebagai pelakon juga penerbit untuk filem ini. Anda semua harus menontonnya sekarang! Tahniah diucapkan kepada barisan pelakon, kru serta pasukan kreatif.”

See also
10 Lokasi Percutian Bulan Madu Dalam Malaysia Pilihan GLAM!

Filem arahan Ramin Bahrani dan terbitan Priyanka ini dilancarkan di platform penstriman Netflix di seluruh dunia bermula 22 Januari lalu.

Kisah benar adaptasi daripada novel nukilan Aravind Adiga ini berkisar tentang Balram Halwai yang dilahirkan dalam kehidupan penuh kemiskinan dan penghambaan di India. Merentasi kegelapan, dia mencari cahaya ke arah kehidupan yang lebih bebas dan mewah.

Foto: JustJared

Baca: Priyanka Chopra Jonas Dedah Detik Pedih Menjadi Mangsa Buli