Most GLAM 2021: Nurida Suraya - Glam Malaysia

Most GLAM 2021: Nurida Suraya

BUAT JULUNG KALINYA, MOST GLAM DAN ALPHA MEN DIPERTONTONKAN SEKALI DALAM SATU LEMBARAN. NURIDA SURAYA ANTARA 10 HIGH ACHIEVERS BAWAH 35 TAHUN YANG MENYALAKAN OBOR BAHARU GENERASI SEKARANG. BIJAK MENGGALAS TUGAS MASING-MASING DENGAN STAIL CUKUP JITU.

NURIDA SURAYA, 32 – PENGASAS & PENGARAH RIZMAN RUZAINI BEAUTY

Apakah ciri seorang wanita ideal?

Wanita perlu berkeyakinan, tabah, baik hati dan sentiasa berfikiran positif.

 

Projek terbaharu anda?

Tidak lama lagi, Rizmanruzaini Beauty akan melancarkan produk penjagaan kulit pada Oktober 2021.

 

Apakah yang anda paling suka mengenai karier ini?
Saya sangat mementingkan kecantikan dan saya berasa sangat gembira dapat berkongsi rutin kecantikan saya dengan semua orang. Saya juga dapat menggalakkan orang luar untuk menjaga kecantikan dalaman dan juga luaran
mereka.

 

Siapakah pengaruh terbesar anda?

Sudah tentu suami saya yang telah banyak membuka mata saya dalam mempelajari ilmu perniagaan. Dia merupakan idola yang amat saya kagumi.

See also
She's Coming Home! Yuna Bakal Beraksi Di Good Vibes 2019 Di Genting Highlands

 

Jika diberi peluang, apakah satu perkara anda mahu ubah tentang karier anda?

Saya mahu menghasilkan lebih ramai usahawan wanita yang berjaya pada masa hadapan.

 

 

Rutin cantik anda setiap hari?

Selain rutin penjagaan pagi dan malam, saya minum banyak air dan melakukan yoga atau senaman setiap hari.

 

PENGARAH KREATIF: AIZAT AIDID, KHAIRUL ABIDIN & NISA HALID PENGARANG FESYEN: JOHAN KASSIM PENGARANG GAYA HIDUP: MUZAMMIN MUZLAN PENGARANG RENCANA: ZUHAIRIE SAHROM PENGARANG KECANTIKAN: JULIA AZMAN PENGARAH SENI KANAN: AMIRUL ARIFFIN GAMBAR: CHEE WEI SOLEKAN: KF BONG & SAHIR SABRI MENGGUNAKAN GUCCI BEAUTY DANDANAN: JUNO KO BUSANA: GUCCI

 

Baca lebih lanjut: GLAM Persona: Most GLAM & Alpha Men 2021