‘WOW’ with Art

‘WOW’ with Art

 

Kembara kerjasama di antara Hublot dan Richard Orlinski berterusan dengan megahnya. Selepas kejayaan buat pertama kali pada 2017, koleksi Orlonski meraih reputasi luar biasa di dunia Baselworld. Hublot cukup dikenali dengan tag line ‘The Art of Fusion’, yang menyaksikan penghasilan jam tangan berteknologi tinggi dengan kecemelangan seni pertukangan dan pengaruh eksklusif. Begitu pula dengan kerjasama jenama dengan artisan Richard Orlinski. Orlinski terkenal dengan kecemerlangannya bermain dengan stail geometrik fauna, kehidupan dalam pelbagai cara manakala Hublot pula terkenal dengan kecemerlanganya menghasilkan jam tangan luar biasa baik dari segi reka bentuk, material dan auranya.  Maka apabila kedua-duanya berkolaborasi, maka terhasil koleksi yang ultra cemerlang. Kedua-duanya peka dalam memberikan  fokus pada warna, estetika teknikal dan interaksi cahaya dan ketelusan.

Kiri: Classic Fusion Orlinski Titanium, Classic Fusion Orlinski Titanium Pavé, Classic Fusion Orlinski Titanium Alternative Pavé

Kolaborasi eksklusif ini diteruskan, 2019 menyaksikan kelahiran baru yakni Classic Fusion Orlinski. Pengaruhnya telah direka dan dibangunkan pada skala yang lebih kecil untuk memenuhi pelanggan baru. Melambangkan ciri eksklusif dalam karyanya, signatur utama dengan rekaan tepi, bevels dan facets yang digabungkan dengan ketepatan horologi  mencipta kesan cermin pada dail. Tali pergelangan getah hadir dalam hitam memberikan membuat kontra yang mencuri perhatian, lebih ketara apabila  empat daripada enam model hadir dengan kelalang set berlian mewujudkan impak agung.

Kiri : Classic Fusion Orlinski King Gold, Classic Fusion Orlinski King Gold Pavé, Classic Fusion Orlinski King Gold Alternative Pavé

 

See also
Nafas Baru Clare Waight Keller Mengangkat Status Glamor Givenchy

Ciri utama reka bentuk dodecagon dikekalkan sejak kolaborasi pada 2017, dengan emas atau titanium yang bertatahkan 54 berlian dan bersama dengan 210 butir berlian atau 112 butih berlian. Untuk yang tidak mahukan kemilau mewah berlian, Classic Fusion Orlinski turut hadir dalam rekaan tanpa berlian. Auranya mewah, apabila Orlinski bijak mengimbangi  gaya ekspresi artistik dan cabaran konvensional. Sebagai daya kreatif di sebalik enam jam tangan Classic Fusion Orlinski, Orlinski bisa mencuri hati pengumpul jam tangan baru, wanita dan pencinta berlian atau patung yang tiada tandingan. Ia bisa dilihat pada kemewahan koleksi Aerofusion Chronograph dan Tourbillon dimana Orlinski membuktikan hubungan harmoni antara pembuatan jam dan seni, menyampaikan mesej yang halus. Ia menjadikan seni mengayakan penanda waktu sesuatu yang istimewa di pergelangan tangan.