Skarf Elegan, Ikatan Versatil
Musim luruh ini, naikkan seri penampilan harian dengan skarf-skarf Hermes yang sungguh unik lagi elegan. Palet-palet warna untuk setiap cita rasa, boleh digayakan aneka cara. GLAM memilih anda ilham paling menarik.
Skarf Hermes amat versatil dan elegan. Materialnya adalah 100 peratus sutera dengan hujung kain digulung dengan tangan dan ianya boleh digayakan dengan pelbagai cara. Tidak hanya boleh dipakai sebagai hijab, sebagai skaft kepala, ada pelbagai cara dan stail ikatan. Skarf ini juga boleh meningkatkan gaya penampilan menerusi tambahan pada leher serta pinggang. Hadir dalam beberapa saiz untuk memenuhi apa jua selera fesyen anda.
Skarf Cosmographia Universalis dalam saiz 90 ini laksana fantasi yang memerlukan anda membuat interpretasi sendiri. Rekaan Jan Bajtlik ini mengungkap hasil kerja seorang pakar sejarah, kaji bintang dan matematik, Sebastian Munster. Pertama kali dicipta pada 1544, ianya begitu popular sekitar abad ke-16. Bajtlik pula menghidupkan semua imaginasi tersebut dengan sebuah lanskap yang menggabungkan seni bina bersama flora dan fauna. Karakter-karakter dongeng menjadi tarikan unik kepada rekaan skarf ini.
La Cite Cavaliere saiz 90, ilham Octave Marsal yang mendapat ilham daripada lakaran abad ke-17 oleh Matthaus Merian yang amat pakar dalam pembikinan peta. Lakaran yang menjadi gubahan Marsal adalah sebuah pemandangan dari atas kota Paris. Anda boleh melihat secara teliti akan jalanan di paris berserat monumen-monumen serta struktur-struktur penting lagi bersejarah, malah aliran sungai Seine yang sungguh romantik. Marsal mengilhamkan semula dalam sebuah fantasi di mana siluet kuda yang menjadi simbol ikonik Hermes, mengungguli rekaan skarf La Cite Cavaliere. Jika diamati betul-betul, anda akan menjumpai butik Hermes di Faubourg, Colossus of Rhodes dan sebuah pelana.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Jul 08, 2026
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Jul 08, 2026
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Jul 07, 2026
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jul 07, 2026
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Jul 06, 2026
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Jul 06, 2026
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwinan Taylor Swift
Jul 06, 2026

