Momen Fesyen Ikonik Victoria & David Beckham Dahulu Hingga Kini - Glam Malaysia
Momen Fesyen Ikonik Victoria & David Beckham Dahulu Hingga Kini

Momen Fesyen Ikonik Victoria & David Beckham Dahulu Hingga Kini

Apabila bercakap tentang power couple kelas-A, nama David Beckham dan Victoria Beckham sentiasa bermain di fikiran.

Ini sudah tentu tidak menghairankan. Melihatkan kejayaan yang diraih David Beckham dan isterinya dalam bidang kerjaya masing-masing – sukan, muzik dan fesyen.

Namun ada sesuatu tentang Becks dan Posh yang tidak dimiliki pasangan selebriti lain. Kekuatan mereka sebagai pasangan meraih perhatian dunia, tidak lupa juga gaya sedondon mereka.

Lihat evolusi stail Victoria dan David Beckham sejak lebih dua dekad lalu

 

1998

Ringkas dan klasik, pasangan itu tampil sedondon dalam baju sejuk turtleneck hitam kala mengumumkan pertunangan mereka.

1999

Bagaikan ‘The Matrix’, hanya pasangan Beckham sahaja yang mampu menggayakan stail sebegini.

David Beckham

2000

Daripada kot trench kulit hingga but motif kuda belang, gaya milenium David Beckham dan Victoria berjaya mencuri perhatian.

David Beckham

2001

Pasangan ini tampil sedondon dalam helaian hitam merah kala menghadiri gala Aids Foundation anjuran Elton John.

David Beckham

2003

Ketika David Beckham dikurniakan Order of the British Empire daripada Ratu Elizabeth II, pasangan itu hadir ke Istana Buckingham dalam persalinan serba hitam.

See also
Pengiktirafan Berganda Dalam Malaysia Book of Records, Kenali Dr Soo Wincci Yang Jelita Lagi Bijak!

David Beckham

2004

Tampil dengan gaya rambut baru, masing-masing memilih persalinan hitam untuk gaya karpet merah di London. David Beckham memadankan blazer hitamnya dengan celana denim biru untuk stail kasual.

2005

Menyertai trend awal 2000-an, Victoria menggayakan baju korset dan skirt maksi kembang di sisi suaminya yang segak dalam sut lengkap.

2006

Pasangan itu muncul di Cannes dalam persalinan bertema lautan. Victoria menyarung gaun asimetri manakala suaminya mengenakan kemeja, ves, celana denim dan topi.

2007

Less is more! Pasangan Beckhams tampil ringkas dalam helaian elegan hitam. Victoria anggun dalam LBD ala Audrey Hepburn.

2008

David Beckham memakai sut kelabu berjalur manakala Victoria menyarung gaun mini rona sama kala melancarkan koleksi wangian mereka.

2009

Membuktikan usia hanyalah angka, pasangan itu bergambar bersama untuk kempen seluar dalam Emporio Armani, dua tahun sebelum Victoria melahirkan anak keempat mereka, Harper Seven.

2011

Sebagai tetamu majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton, Victoria yang hamil ketika itu memakai gaun kembang bersama topi sepadan. David Beckham pula memilih kot labuh dan topi tinggi.

See also
Nicole Wayne, Global Girl

David Beckham

2012

Pasangan Beckham muncul di karpet merah bersama tiga anak mereka dalam persalinan hitam putih.

2013

Mereka sekali lagi mencuri perhatian di tayangan filem The Class of ’92 dalam helaian sedondon rona hitam.

2014

Pada acara Met Gala bertemakan Charles James, pasangan ini memilih gaya putih suci nan elegan. Victoria mengenakan gaun labuh rekaannya sendiri.

2015

Kedua-duanya tampil dalam sut serba hitam kala menghadiri British Fashion Awards.

2018

Pasangan ini kelihatan chic dalam gaya jaket dan celana sedondon semasa menghadiri Minggu Fesyen Paris.

2018

Pada majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle, Victoria menggayakan gaun rekaannya bersama sepatu merah manakala David Beckham segak dalam sut kelabu-hitam.

2023

Pasangan ini sedondon di pertunjukan Jacquemus pada Minggu Fesyen Paris. Victoria anggun dalam gaun rekannya daripada koleksi Resort 2024. David Beckham menggayakan sut kasual rona beige bersama cermin mata daripada koleksi Eyewear by David Beckham.

Front Row at Jacquemus RTW Fall 2023 [PHOTOS] – WWD

2023

Terbaharu, kedua-duanya mengenakan sut rona putih dan hitam kala hadir ke tayangan siri dokumentari Netflix, Beckham.

See also
6 Koleksi Anggun Dan Mewah Sempena Raya Aidilfitri 2023

Foto: Getty Images/WireImage

Baca: 10 Gaya Berpasangan Terbaik Amal Alamuddin & George Clooney