Related Stories
GLAM Persona: Bay & May Ready To Rule 2023
By
Aizat Aidid
Aizat Aidid
Pengarah Kreatif
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full Bio|
Dec 05, 2022
Dua bintang baharu arena fesyen membawa angin segar. Bay Doucet dan May Siu mengatur langkah dengan tertib agar tercapai impian di hati. Mereka mencorak resume dengan cara sendiri, bukan berpaksikan pada tuntutan tradisional.
PENGARAH KREATIF: AIZAT AIDID KONSEP & PENATA GAYA: ERVIN TAN GAMBAR: CHEE WEI SOLEKAN: SHARMAN YEE DIBANTU OLEH CRYSTAL FONG DANDANAN: EDVID KWA TEKS: HAFIZAN MOHD
SEMUA BUSANA DAN AKSESORI: CHANEL CRUISE 2023

Gelombang digital dalam meluaskan bidang kerja untuk anak muda hari ini membenarkan tenaga kreatif bergerak bebas tanpa batas. Satu daripada hal itu tentu saja dengan kelahiran content creator yang menarik perhatian banyak jenama daripada pelbagai lapangan bisnes. Lantas mengalihkan strategi pemasaran dan promosi mereka daripada media konvensional seperti cetak dan elektronik (radio dan televisyen) untuk menggunakan content creator yang lebih berpengaruh di kalangan generasi muda hari ini. Maka lahirlah nama-nama yang lebih awal mengisi seperti Jane Chuck, Shalma Ainaa antaranya yang pastinya menjadi ikutan dalam melahirkan lebih lagi pelapis dalam bidang kerja ini.

A GIRL LIKE BAY
Nama @baydoucet satu daripadanya yang mengisi ruang feed Instagram hari ini dengan pengisian yang datang dengan estetika yang cukup tersendiri. Setiap satu dihasilkan sama ada video atau foto semuanya terhasil dalam sebuah pengisian yang memberikan jumlah likes dan komen positif daripada pengikutnya. GLAM mendekati gadis berusia 24 tahun ini bercerita tentang hari-harinya sebagai salah seorang digital darling yang cukup disukai hari ini.
Terus bercerita tentang apa yang diusahakan sekarang ini, saya bertanyakan lagi tentang estetika kerjanya yang sentiasa terhasil cukup menarik. “Saya sentiasa terinspirasi dengan persekitaran – sama ada orang-orang sekeliling sehingga situasi tertentu. Sebolehnya saya tidak mahu terlalu bergantung pada rujukan tertentu yang sedia ada atau mood board kerana khuatir akan ada kecenderungan untuk meniru dan hilang sense of individuality dalam setiap pengisian yang dihasilkan. Yang penting adalah untuk memastikan pengisian yang terhasil itu memberi gambaran siapa saya sebenarnya.”

MAY MEMBAWA ENERGI SEGAR
Nama May Siu Lim atau senang digelar Kelly dengan tiba-tiba menjadi sebutan pengikut fesyen tempatan pabila dia dirisik Basic Models, Singapura untuk menjadi model di bawah kendalian agensi tersebut. Dilahirkan di Klang pada 1 Disember 1996, Kelly meniti jalan cita citanya sebagai seorang penulis beriring laluan yang terisi begitu menarik sekali.
“Saya memulakan karier sebagai penulis secara sambilan untuk rumah penerbitan seperti i-D, Document Journal, Lampoon Magazine, UNLIRICE dan WOW. Namun kerja sambilan tidaklah begitu memberi pendapatan tetap untuk saya. Jadi apabila mendapat tahu BURO Malaysia membuka peluang pekerjaan sebagai Penulis Fesyen saya terus apply dan bekerja secara sepenuh masa sehinggalah Basic
Models menghubungi saya menerusi Instagram.”
Baca lanjut dalam GLAM DISEMBER 2022
Pautan Berkenaan: GLAM Persona: Impak Positif Bersama Most GLAM 2022
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
BY Izzati Hailizam
Jul 08, 2026
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
BY Syahirah Hussain
Jul 08, 2026
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
BY Marissa Suhaila
Jul 08, 2026
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
BY Tyraa Bahari
Jul 08, 2026
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
BY Tyraa Bahari
Jul 08, 2026
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
BY Syahirah Hussain
Jul 07, 2026
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
BY Syahirah Hussain
Jul 06, 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
BY Izzati Hailizam
Jul 08, 2026
Gaya Hidup
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
BY Izzati Hailizam
Jul 08, 2026
Fesyen
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
BY Syahirah Hussain
Jul 08, 2026
Fesyen
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
BY Marissa Suhaila
Jul 08, 2026
Fesyen
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
BY Tyraa Bahari
Jul 08, 2026
Gaya Hidup
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
BY Izzati Hailizam
Jul 08, 2026
Cantik
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
BY Tyraa Bahari
Jul 08, 2026
Cantik
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
BY Syafiqah Alkaf
Jul 08, 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Terima yang terbaik dari dunia Glam!
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
