All In One Frame! Beyonce Dan Bintang-Bintang Filem The Lion King Bergambar Bersama Untuk Pertama Kali
Filem live action Disney, The Lion King merupakan antara filem yang dinanti-nantikan untuk tahun ini. Selain ia merupakan filem yang kebanyakan daripada kita menontonnya sejak zaman kecil lagi, filem remake untuk tayangan 2019 ini juga turut memperkenalkan barisan pelakon penyumbang suara terkemuka bagi semua watak-watak ikonik dalam filem tersebut. Yang paling menarik perhatian sudah pastinya Beyonce yang menyumbang suara emasnya untuk watak Nala.

Baru-baru ini, Beyonce memperkenalkan imej promosi filem tersebut yang terkini, di mana dirinya bergambar bersama-sama, buat pertama kali dengan barisan penyumbang suara-suara yang lain seperti Donald Glover, Alfre Woodard, Seth Rogan, Chiwetel Ejiofor, Billy Eichner, Keegan-Michael Key, Eric Andrew, John Oliver, Florence Kasumba, JD McCrary, danShahadi Wright Joseph. Kelihatan kesemua bintang menyarung persalinan hitam, Beyonce pula tampak fierce as usual berdiri di tengah-tengah bertepatan dengan wataknya dalam filem ini, iaitu seekor singa betina yang tegas dan berpendirian, namun masih mengekalkan ciri-ciri 'kewanitaan' yang dominan.

THE LION KING - (Left to Right) Billy Eichner (Timon), Shahadi Wright Joseph (Young Nala), JD McCrary (Young SImba), Seth Rogen (Pumbaa), Florence Kasumba (Shenzi), Donald Glover (Simba), Beyoncé Knowles-Carter (Nala), Alfre Woodard (Sarabi), Chiwetel Ejiofor (Scar), John Oliver (Zazu), Keegan-Michael Key (Kamari) and Eric André (Azizi). Photo by Kwaku Alston. © 2019 Beyoncé/Kwaku Alston.
Diarahkan oleh Jon Fevreau, "Adalah sesuatu yang mengujakan apabila bekerjasama dengan seorang pelakon yang juga merupakan seorang penyanyi, seperti Beyonce dan Donald - kedua-dua mereka mempersembahkan sesuatu yang baru dan menarik untuk filem ini. Mereka berdua ini adalah pemuzik sebenar yang membawakan suara kreatif mereka untuk projek ini".
Jom kita saksikan promo-promo lain untuk watak-watak dalam filem The Lion King.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

