Datin X: Bila Nikmat Dunia Ditarik Balik

Datin X: Bila Nikmat Dunia Ditarik Balik

DatinX0

 
Dunia ini berputar bulat. Sekejap kita di atas, ada masanya di bawah. Kalau kita senang, tak perlulah hidung tinggi sangat kerana dalam dunia ni, segala apapun mungkin. Kawan Datin X yang dulu rapat bukan main, sekarang sudah bertahun menjauhkan diri. Bukan pasal dia sombong tapi sebab malu.
 
Sejak bisnes suaminya merudum jatuh 1997 lalu, kehidupan keluarganya berubah dalam sekelip mata. Dari tinggal di banglo besar dengan bodyguard segala, sekarang dah terpaksa downgrade ke apartment tiga bilik sahaja. Dulu suaminya ke sana ke mari dipandu driver, sekarang naik motor kapcai sahaja. Bunyinya dulu macam tak mungkin, tapi percayalah ia benar-benar berlaku. Mereka sekeluarga hidup serba kesempitan dan Datin tadi terus mengasingkan diri.
 
Suaminya masih sibuk mengejar suami kawan-kawan lamanya sebab nak melobi projek. Kasihan Datin X tengok suaminya yang gaya macam terdesak sangat nak cari duit. Sanggup mengetuk rumah rakan-rakan niaga lama nak cari peluang walau ramai yang sudah rimas nak melayan. Lagilah malu Datin tadi tapi nak buat macam mana? Hidup mesti diteruskan. Ada banyak mulut yang mesti disuap makan.
 
 

See also
100 Tahun Evolusi Beg Tangan