Datin X: Aspiring Datin Wannabes

Datin X, Datin X & Korner Mak Datin

Datin X: Aspiring Datin Wannabes

671

Percaya tak kalau Datin X kata yang resepsi perkahwinan adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu kerana itulah masa terbaik untuk people watching dan ya, gossiping. Contohnya pada kenduri kahwin baru-baru ini, kebetulan Datin X duduk sebelah Datin Noraini. Entah apa yang disumpah seranahnya, berdesing telinga Datin X. Bingit! Walhal Datin X nak menghayati majlis perkahwinan itu sendiri. Nak tengok pelamin yang cantik, nak menikmati makanan sedap, tengok pengantin bersanding bukannya nak dengar umpatan orang sebelah. Tapi nak buat macammana, Datin Noraini tu memang kawan Datin X. Husband dia tu kira best buddy jugalah dengan suami Datin X. Mahu tak mahu kenalah juga tadah telinga. Sepanjang majlis kahwin tu kiranya Datin X tak sempatlah nak beramah mesra dengan orang lain. Kalau nak diikutkan hati Datin X mahu ajak Datuk pindah meja tapi tak sedaplah pulak nak buat macam tu.

 

Oh my God, she’s here! That girl! You tengok tu. Hish, budak-budak zaman sekarang ni. Muda-muda dah cucuk muka segala. Cantik ke? Makin tak elok adalah!” Datin Noraini mencebik muka sambil membebel-bebel mengenai ‘anak gadis’ yang duduk di meja sebelah. “You tahu Datin… ada hati tu that girl nak menikah dengan anak I! Siapa dia? Tiba-tiba saja muncul? You tahu tak beg-beg Chanel yang dia gendong ke sana-sini tu, semua tu my son belikan tau! Mummy dia sendiri pun dia tak pernah belikan. Geram! Seriously, I don’t know that girl and I don’t want her to be near my son. Siapa mak bapak dia? Datuk Datin mana? I ada bagitahu my son. Kalau the parents tu nobody, Mummy tak nak. Oh, please!” Mulalah keluar segala persoalan mengenai status quo. Inilah saat yang Datin X paling menyampah. Apa ada pada gelaran kalau pemikiran level lutut?

 

Sebenarnya bukan Datin Noraini saja yang pilih bulu untuk menjodohkan anaknya dengan orang-orang yang kononnya tidak setaraf dengan mereka. Memang ramai yang pandang sebelah mata kalau anak bawak balik perkenalkan calon suami atau isteri yang tidak setaraf dengan kedudukan mereka. Macam-macam alasan yang diberikan jika bakal menantu mereka di kalangan orang biasa-biasa saja. Ada yang kata nanti menantu mudah rasa rendah diri, tak pandai bergaul dan ada pulak nanti yang terkena kejutan budaya lalu jadi seperti kaduk naik junjung. Berbalik pada cerita Datin Noraini, memang malam itu dia meluahkan semua yang terbuku dalam hatinya. Dia memang tak puas hati dengan kekasih anak bujangnya. Kalau boleh mahulah dia buat pengumuman malam itu menghebahkan sikap sebenar ‘minah’ itu.

 

Datin X pula bila dah beria-ria Datin Noraini mengutuk budak perempuan tersebut terbitlah keinginan mahu tahu betul ke seperti apa yang dikatakan Datin? Esoknya Datin X cuba risik-risik daripada anak-anak saudara mengenai tuduhan yang dilemparkan pada perempuan tersebut. Kata mereka perempuan tu memang muda, awal 20-an. Menurut mereka lagi perempuan tersebut berkerja sebagai agen hartanah, tetapi gaya hidupnya tak ubah macam tuan punya hartanah. Modus operandinya, pergi ke semua acara. Dari resepsi perkahwinan sampai ke parti sosial, dia akan datang pakai baju sehabis ketat, buat-buat mengada dan cuba tarik perhatian anak-anak orang kaya sampailah ke bapa-bapa mereka sekali. Patutlah Datin Noraini menggelupur lain macam. Sekarang baru Datin X faham.

 

Beritahu anak saudara lagi, “Aunty, dulu that girl keluar dengan this one guy, anak Tan Sri apa entah… words going around saying that she’s not just dating the guy tapi dia pun ada juga melayan bapanya, yakni Tan Sri. Temankan main golf lah, temankan pergi lunch, meeting lah. Alasan that girl bagi kat boyfriend, the father could use someone who has insights on the property market.” Iyalah tu. Datin X kenal sangat dengan orang lelaki yang suka usung gadis muda ke sana-sini, megah sangat macam bawa trofi.

 

Kadang-kadang kita rasa sedih tengok orang-orang kaya ni sudah tipis rasa malu mereka. Perempuan muda yang mereka gila-gilakan itu adakala jauh lebih muda daripada anak gadis sendiri. Tetapi ego lelaki tinggi melangit. Lagi pula mereka rasa tidak bersalah sebab masing-masing ingin menunjuk kepada rakan-rakan dan yang lebih parah mereka bersaing sesama sendiri; siapa dapat tangkap yang muda, cun dan seksi. Dan ada pula yang tak kisah kalau si gadis ni dulunya pernah menjadi kekasih anak lelaki mereka. Sebenarnya Datuk-Datuk dan Tan Sri-Tan Sri ini bukannya mereka tidak tahu yang si perempuan ni hanya mahukan duit, bershopping keliling dunia, beli beg jenama penuh almari tetapi mereka suka bila dapat digosok dan dimanjakan. Entahlah naik geli pula Datin X membayangkannya. Datin X ni hanya mampu berdoa agar suami sendiri dan suami rakan-rakan Datin X dijauhkan daripada perkara-perkara tersebut.

 

Betullah kata orang. Sekarang ni dah tak macam dulu. Semuanya dah berubah. Servis untuk hire escort dah tak jalan. Sebab aspiring young Datin wannabes bersepah-sepah. Semua cantik-cantik, semua pandai-pandai. They are all willing to do anything and give everything. Macam berita yang baru-baru ini keluar kat merata sosial media fasal Datuk kena tangkap basah dengan pelacur kelas atasan. Kasar benar bunyinya. Sebab kalau sebut pelacur, kita bayangkan tepi jalan dan kelab murahan. Senario kebiasaan hari ini pula, layan sampai ke bilik tidur, habis main, bawak pergi shopping handbag. Inilah dia pelacur zaman milenial!

Your email address will not be published. Required fields are marked *