GLAM Isu April 2018 - Fazura

GLAM APRIL 2018

Gambar Aaron Lee/Lenswork Studio

Love Is In The Air

 

April juga bulan istimewa buat kami apabila GLAM Junior sekali lagi dilampirkan sebagai sisipan. LIhat aksi ibu-ibu glamor membesarkan anak-anak kembar dengan pelbagai kerenah. Bagaimana mereka terus kekal cantik, glamor dan bergaya; dan dalam masa sama membesarkan dua anak kecil seusia? Love keeps a woman going… demi anak-anak, demi suami tercinta.

 

Dan bercakap mengenai cinta, sewaktu penggambaran muka depan di studio tempoh hari, hati kami semua berbunga menyaksikan aksi romantis antara Fazura dan Fattah Amin. Jelas sekali merekalah pasangan paling popular masa kini dengan jutaan peminat yang begitu obses dengan setiap gerak geri mereka. Penggambaran pertama yang dilakukan setelah sah bergelar suami isteri, Fazura berkongsi perihal suami yang tidak ramai tahu. Kami juga tidak sabar menantikan tanggal enam di mana GLAM Fashion Party akan berlangsung dengan kerjasama bersama Coach. Sekali lagi power couple ini akan membuat kemunculan, selari dengan penampilan Fazura sebagai cover girl GLAM serta Fattah di atas muka depan GLAM Lelaki.

See also
GLAM MAC 2019

 

Dalam isu ini turut kami tampilkan pemenang GLAM Next Face 2018. Siapakah model bertuah itu? Tahun ini lebih istimewa daripada biasa. Oleh kerana persaingan yang amat sengit, kamis semua sepakat untuk memilih dua model sebagai pemenang. Josephine dan Sonia, masing-masing memiliki keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Josephine yang tinggi lampai has legs for days, lengkap dengan wajah oriental berserta gap toothed. Sonia berbangsa Bidayuh pula nyata unik dengan raut muka eksotiknya. Malah auranya yang cukup meyakinkan dan sentiasa runway ready membuatkan kami tidak teragak-agak untuk menjadikannya pemenang.  Saya pasti kedua-duanya mampu meniup angin perubahan kepada wajah-wajah fesyen yang sedia ada pada hari ini.