
Gambar Chuan Looi/Yipieyaya Studio
DIAMONDS ARE A GIRL’S BEST FRIEND
Warga GLAM serta sidang redaksi dari judul-judul Blu Inc Media berbahasa Melayu baru sahaja selesai dengan projek perkahwinan, Inspirasi Cinta. Sungguh meriah sekali tatkala lokasi acara bertempat di tengah-tengah ruang legar Pavilion KL yang gah itu, apatah lagi Inspirasi Cinta digerakkan dengan tajaan utama dari Tiffany & Co.
Barisan 22 gaun-gaun pengantin ikonik milik selebriti dan personaliti ternama menjadi tatapan pengunjung, selain kemewahan berlian yang turut menjadi highlight sepanjang minggu Inspirasi Cinta.
Dalam isu GLAM bulan ini, kami memanjangkan isu berlian menerusi rumusan koleksi-koleksi terbaik tahun ini daripada jauhari-jauhari terkemuka antarabangsa dan dalam negara. Kami juga menjemput Tengku Jamidah dan Nisa Masbar bersama ibu masing-masing untuk bergaya mewah dengan barang kemas berlian dalam paparan khas hari ibu.
Ruang Expose bulan ini turut membincangkan topik berlian di mana kami mengupas cara dan kerenah orang kita apabila membeli berlian. Cukup menarik sekali kerana dalam diam, mereka membeli dan melabur dalam nilai yang cukup tinggi.
Penghias muka depan GLAM juga megah berhias berlian Chopard. Dan istimewanya kali ini kita dapat menemu bual wajah segar dari istana. Puteri Aisyah Maryam dari Perak mewakili kerabat muda yang memiliki kejelitaan yang sungguh klasik, dengan caranya yang elegan and glamorously subtle. Cukup menyegarkan! Selain Puteri Aisyah, anda perlu dapatkan naskah GLAM dari bulan ke bulan selain singgah ke laman web kami di GLAM.MY untuk mengenali siapa lagi yang menjadi the next new face of society!

Artikel Berkaitan
Sinergi Hidup Scha Al-Yahya
Bella Astillah Hargai Bahagia Yang Sederhana
Chryseis Tan in Command!
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
Athina Kamarudin, Michelle Frendiaz & Lareeze Galvez: Wa...
Rita Suraya & Rita Nadira: Two Sisters, One Bond
The Lynn Lim Aura: Stylishly and Seriously Joyful!
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
