“Naked Disco”, Trend Nail Art Terkini Boleh Anda Gayakan!
Apakah trend nail art terkini bulan ini? Jika anda perhatikan secara rapat Selena Gomez di karpet merah Golden Globes tahun ini. Dia mengenakan gaya kuku ala “naked disco”, gabungan rona neutral dan sentuhan kemilau!
Pernah terfikir atau tidak, yang kuku rona neutral ini boleh dipelbagaikan dan menjadi sesuatu yang luar biasa jika anda menambah sentuhan kemilau ke atasnya? Ya betul! Segalanya selepas kami melihat nail art Selena Gomez sewaktu penampilannya di karpet merah tempoh hari. Naked Disco adalah gelaran trend nail art yang dikongsi peminat kecantikan hari ini.
Bukannya susah untuk mengenakan nail art sebegini. Malah, anda juga boleh melakukannya di rumah. Tip kami, cari rona netural dan asas seperti rona merah jambu lembut, coklat muda, beige juga rona tanah sebagai lapisan asas yang dicalit pada kuku anda.
Selena Gomez di Golden Globe Awards
Kemudian, padu padankan dengan batu kemilau (yang memiliki material sesuai untuk kuku) untuk menjadi titik perhatian pada nail art anda. Nampak begitu simple namun amat versatil bila dipadankan dengan apa jua busana yang kamu sarungkan.
Menurut Tom Bachik, penata rias kuku kegemaran Selena Gomez ini, dia menggunakan rona nude untuk memberi efek kontras dengan gaun yang disarung Selena itu. Kemudian dia menampal kuku palsu Aprés Gel X dengan tip berbentuk medium stiletto kemudian bentukkannya sendiri menjadi bentuk almond.
Dia kemudiannya mengoles dua lapis rona nude ‘Forgotten Film’ dari jenama Gel Colour. Sesudah itu, untuk melindung rona kuku tadi, Tom Bachik melayang Aprés Gel X’s Non-Wipe Glossy Top Gel Coat lalu menabur serbuk kemilau halus dari Swarvoski Pixie Dust.
Baru-baru ini juga, kami melihat Florence Pugh di anugerah BAFTA, mengenakan gaya kuku yang menarik sekali. Dia mengenakan rona merah jambu lembut melitupi semua kukunya kemudian hanya menampal batu kemilau pada satu kuku sahaja. Nail art hasil penata rias @nailglam ini juga menarik perhatian kami. Apakah pendapat anda pula tentang trend nail art ini?
Florence Pugh di BAFTA
Pautan Berkaitan: Ini 5 Trend Nail Art Bakal Menjadi Pilihan Tahun 2023