Teroka dunia Hairniverse Bersama Pewarna Rambut Telus Air L'Oréal Professionnel iNOA - Glam Malaysia

Teroka dunia Hairniverse Bersama Pewarna Rambut Telus Air L’Oréal Professionnel iNOA

Alami pengalaman Hairniverse yang menakjubkan kala mewarna rambut bersama L’Oréal Professionnel iNOA.

Apabila rambut diwarnakan, secara tidak langsungnya gaya atau personaliti anda berubah serta-merta! Ia seperti membawa diri ke dunia yang berbeza, seperti melangkah ke dunia Hairniverse! Apa itu Hairniverse? Hairniverse: Where Color Comes Alive adalah perjalanan ekspresi diri melalui warna. Dalam erti kata lain, rambut bukan hanya tentang rupa semata tetapi ia menyentuh perihal siapa diri anda yang sebenarnya! Rambut yang diwarnakan mengikut trend semasa ini menyerlahkan diri lebih bertenaga, berani dan menjadi kanvas untuk setiap personaliti. Setiap warna ini menyuntik tenaga baharu dan juga menguatkan personaliti individu!

Untuk menyemarakkan kempen yang bertemakan ‘Hairniverse’ 4 personaliti dari pelbagai bidang karier mereka disatukan oleh L’Oréal Professionnel untuk mempamerkan trend warna rambut pilihan terkini iNOA. Antaranya penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan, Hos TV dan pelakon, Sean Lee, pelakon, Joey Leong dan model, Ayra Messi. Ikuti pengalaman Hairniverse bersama mereka yang pastinya mempunyai cerita dan pandangan tersendiri.

L’Oréal Professionnel iNOA terus unggul menjadi pilihan No.1 pewarna rambut bersifat telus air. Lebih mengagumkan, pewarna rambut iNOA adalah tanpa amonia dan juga berasaskan formula vegan yang tidak meninggalkan kesan kulit kepala gatal dan meningkatkan keselesaan secara optima. Jangan risau, dengan iNOA anda tidak lagi terdedah dengan bau pewarna rambut seperti dahulu kala.

See also
Lily James Wajah My Burberry Black

Malah, turut menampilkan iNOA yang lebih canggih dengan teknologi ODS (the Oil Delivery System) yang memberikan impak warna lebih hangat sambil membuatkan rambut lebih sihat dan 48 peratus lebih bersinar. Pewarna rambut tanpa amonia No.1 ini juga menampilkan 60 peratus formula vegan berasaskan minyak 60 warna baru dengan 100 peratus litupan uban dan tiada lagi efek kulit kepala gatal.

Formulanya kini semakin mengorak langkah lebih inovatif dan memberi kesan terbaik buat setiap jenis rambut. Untuk jurudandan profesional, mereka kini lebih mudah dan pantas kala melakukan proses aplikasi, pengadunan dan pembilasan pewarna rambut dan memastikan hasil warna yang cemerlang disebalik pilihan 60 warna iNOA. Malah, mereka juga akan mendapati bahawa kepekatan minyak disebalik iNOA ini adalah lebih cair dan teksturnya tidak akan meleleh serta mudah disapu dan dibilas.

Menurut kajian, 97 peratus jurudandan profesional mengatakan formula iNOA baharu ini sangat mudah diaplikasikan dan meningkatkan keselesaan dengan melembapkan bahagian kulit kepala. Rambut kelihatan lebih sihat dan bersinar. Tiada masalah rambut kering walaupun selepas warna selama enam minggu.

See also
Elizabeth Tan Selamat Bergelar Isteri Dalam Majlis Tertutup

Elizabeth Tan

Menurut Elizabeth Tan, bergelar sebagai seorang penyanyi dan pelakon, dia kerap menukar warna rambut kerana tuntutan kerjanya terutama apabila dia perlu mengekalkan warna rambut di set pengambaran atau bertemu dengan peminatnya. Tetapi, dia tidak risau jika rambutnya rosak atau kering kerana pewarna iNOA mempunyai formula bebas Amonia dan bersifat Vegan. Malah, iNOA sentiasa memberikan warna yang impak tinggi, tahan lama dan mempunyai teknologi telus air.

Ayra Messi

Berbeza pula buat Ayra Messi. Pewarna rambut iNOA menggubah dirinya sebagai seorang model fesyen dan kecantikan! Menurutnya, rambut merupakan aset utamanya terutama dalam penjagaan yang rapi. Oleh itu, sebagai seorang model, dia juga sering bertukar gaya mengikut trend semasa. Setelah diperkenalkan dengan iNOA, dia berasa lega kerana pewarna ini adalah bersifat telus air. Teknologi telus air ini telah diuji mempunyai keberkesanan sebagai mesra wudhuk dan juga ia hadir dengan formula vegan. “Saya yakin dengan iNOA kerana pewarna memang bebas Amonia, rambut kekal bersinar dan tahan lama,” kata Ayra.

Joey Leong

“iNOA by L’Oréal Professionnel is my secret weapon! They have the best and most impactful colors!” kata Joey. Menurut Joey Leong, untuk mempunyai gaya hidup yang seimbang antara menjaga penampilan diri dan kesihatan diri adalah faktor utama setiap individu. Sebagai seorang pelakon, dia juga sentiasa memastikan rutin mewarna rambut adalah seimbang dan sesuai dengan personalitinya. Sejak penemuan iNOA, dia berasa lega kerana pewarna rambut ini mesra Vegan dan rambut lebih lembut.

See also
5 Cara Mudah & Berkesan Untuk Mengatasi Siku Hitam

Sean Lee

Satu-satunya lelaki buat kempen ‘My Hairniverse’, Sean Lee senang dengan gaya rambut masa kini sesuai dengan kariernya sebagai seorang hos TV dan pelakon.“Sejak setia memilih pewarna iNOA oleh L’Oréal Professionel, ia membuatkan hidup saya lebih mudah kerana warnanya bersifat telus air dan tiada Amonia.” kata Sean. Malah, apa yang buat dirinya lebih tertarik dengan iNOA adalah rambutnya sentiasa kelihatan warna impak tinggi, bersinar sihat dan juga mempunyai formula Vegan.

Pewarna rambut L’Oréal Professionnel iNOA ini kini boleh didapati di salon rambut seluruh Malaysia. Layari LorealProfessionnel.com untuk mencari salon terpilih kegemaran anda. Terokai lebih lanjut tentang iNOA juga L’Oréal Professionnel menerusi laman web rasmi, Facebook dan Instagram.

Pautan artikel berkaitan Miliki Rambut Sihat Bersinar Dengan Pewarna Rambut L’Oréal Professionnel iNOA Bebas Amonia