fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Sublimic Adenovital Scalp Power-Shot: Rahsia Rambut Kuat Dari Akar
Dior Addict Cipta Fenomena
Alvin Chong Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose
Selebriti dan Tetamu di Parti EH! Tampil Dengan Kuku Cantik!
Neelofa Tampil Glam Dengan Sentuhan Patrick Ta
Home > Cantik > Sesi Pengalaman Cantik Bersama GBC X NARS

Sesi Pengalaman Cantik Bersama GBC X NARS

Ahli GBC yang bertuah dijemput ke sesi pengalaman cantik bersama GBC X NARS untuk sesi pengalaman cantik edisi Raya.

Kolaborasi GBC X NARS Malaysia menampilkan 3 ilham solekan Raya terkini bersama jurusolek selebriti Ummi Nasir dan Beauty Connoisseur pilihan GLAM Beauty Club. Buat pertama kalinya, ahli GBC yang bertuah di jemput untuk bersama-sama menjayakan sesi masterclass khas untuk edisi lebaran di butik NARS, Mid Valley.

Siti Khadijah Halim

Sesi pengalaman cantik ini dibahagikan kepada dua sesi berbeza mengikut tema. Untuk sesi pertama, jurusolek selebriti Ummi Nasir membuat sesi solekan demostrasi yang bertemakan Fantasi Ungu bersama Adriana Adnan. Sesi pertama ini dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Pengarang Kecantikan GLAM, Julia Azman sebelum acara bermula. Adriana manis berbaju Raya berwarna ungu tajaan LARNEY mengikut temannya. Ummi Nasir dan Janice (NARS Education Manager) rancak memulakan demostrasi menggunakan produk ikonik NARS. Banyak tip solekan yang dikongsikan oleh Ummi. Salah satunya adalah apabila anda ingin mencari bedak asas yang sesuai dengan kulit wajah, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan singgah ke kaunter NARS dan cuba sapukan sedikit bedak asas dan biarkan selama 1-2jam untuk melihat adakah ia sesuai atau tidak. Setelah itu, barulah anda kembali semula ke butik.

GBC X NARS

Sesi ini paling ekstra dan menarik kerana tidak putus-putus soalan diajukan kepada Ummi dan juga Janice!

Adriana Adnan

Sesi kedua pula bersama Siti Khadijah Halim. Solekannya bertemakan Klasik Glam yang juga menggunakan produk ikonik NARS. Sesi kedua ini ahli GBC hadir dengan bersiap penuh. Cantik-cantik belaka! Selorah Ummi, “I dah tak perlu buat demo mekaplah, everyone dah pandai bersolek!” Sesi kedua seperti sesi pertama, ahli yang hadir cukup 20 orang. Sesi ini paling ekstra dan menarik kerana tidak putus-putus soalan diajukan kepada Ummi dan juga Janice. Masing-masing berebut bertanyakan tip solekan dan cara penjagaan kulit wajah juga diutarakan. This is what we need! Real people with honest review!

Siti Khadijah Halim

Terima kasih buat yang hadir dan juga sokongan team GLAM Beauty Club dan NARS Malaysia  yang menjayakan sesi cantik ini sukses dan bertemu lagi kita di acara seterusnya lebih menarik! Jangan lupa sign up GBC segera!

Artikel berkaitan Edisi Lebaran : Glam Beauty Club X NARS Bersama Ummi Nasir