Sembang Cantik Bersama Tengku Azura

SEMBANG CANTIK: Tengku Azura “The Ultimate Beauty Icon”

azura2013a-cover1

 

Bagaimana anda menghubungkan rejim kecantikan dengan rutin harian anda?

Tengku Azura: Saya sentiasa percaya kepada dua langkah yakni, membersih sepenuhnya dan keep it simple! Apabila kulit bersih dan terjaga rapi, kita tidak perlu solekan yang sarat untuk kelihatan anggun dan mempersona. Cukup sekadar dua tiga produk solekan, ia sudah mampu menyerlahkan penampilan.

 

Produk solekan mesti pakai setiap kali keluar dari rumah?

Tengku Azura: Ringkas tetapi elegan adalah prinsip bersolek saya dan itu melibatkan penjagaan kesihatan kulit. Produk mesti pakai sebelum meninggalkan rumah adalah maskara, penggaris mata dan juga salap bibir. Walau hanya dengan solekan minimal, pesona gaya tetap bisa ditonjolkan. Kata Leonardo da Vinci, “Simplicity is the ultimate sophistication!” 

 

Saya tidak akan lupa…

To love myself. Ketahui bagaimana mengasihi diri sendiri adalah sesuatu yang sangat penting. Cintai diri sendiri adalah teras kesejahteraan, kegembiraan juga memperkuatkan diri di samping memberi keupayaan untuk anda mencipta dan menikmati kehidupan yang sentiasa anda idamkan. You cannot enjoy happiness if you are not at peace with yourself. Selain itu saya mengamalkan pengambilan makanan sihat dan bersih.

See also
7 Jenis Rehat Setiap Wanita Perlu Tahu, Anda Mahu Yang Mana?

 

Amalan kesihatan yang sering diberi keutamaan.

Selain memegang kepada prinsip diri dan kesihatan kulit, saya mengamalkan pengambilan makanan tambahan di samping sentiasa bersenam pada waktu kelapangan dan mengamalkan diet sihat dan seimbang.