Olesan Ultra Sempurna
Gambar: Chanel
Let’s just admit it, cecair asas tidak hanya terbatas pada satu tona atau sekadar bersifat ringan dan mudah dioles sahaja, kerana wanita perlukan lebih daripada itu. Ia semestinya memenuhi semua jenis tona kulit, dari berkulit cerah sehingga ke sawo matang. Trend cecair asas sentiasa berputar baik dari kemasan matte, cerah berseri ke seakan-akan wajah lembap sempurna. Namun Chanel Le Teint kekal eksklusif yakni berelovusi dari tona yang terhad kepada 30 jenis warna baharu. Bukan itu sahaja, cecair asas ini turut mengekalkan sifat mewah yakni ultra selesa, ultra sempurna dan ultra natural disaat olesan pertama pada wajah.

Chanel menampilkan cecair asas terbaru, Ultra Le Teint. Ia adalah asas liputan penuh yang selesa, ringan, tahan lama dengan kemasan matte. Formula ini memberikan litupan 24 jam tanpa cela. Hadir dalam 30 warna, ini adalah rangkaian yang paling hebat yang ditawarkan oleh Chanel.
CIRI-CIRI UTAMA
Kompleks cahaya yang menimbulkan cahaya menghasilkan cahaya semulajadi, manakala serbuk penyerap meninggalkan kemasan matte yang sempurna. Pigmen bersalut asid amino memberikan liputan tanpa berat untuk rupa yang tahan lama, tanpa cela, walaupun dalam keadaan yang paling sukar. Diperkaya dengan serbuk fokus lembut Perfection Chanel, formula membetulkan ketidaksempurnaan yang kelihatan dan menerangi kulit untuk efek kulit licin sempurna.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Filem Zendaya Wajib Tonton Minggu Ini!
May 14, 2026
Tod’s Vacanze Italiane Cipta Memori Musim Panas
May 14, 2026
Longchamp Perbaharui Koleksi Le Pliage Dalam Gaya Monokrom
May 13, 2026
Tarung: Unforgiven Bariskan Pelakon Lelaki Berbakat
May 13, 2026
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel 2026
May 13, 2026
Fromage Jadi Destinasi Keju Artisan Pertama KL
May 13, 2026
Ini Cara Re-apply Sunscreen Tanpa Kacau Solekan
May 12, 2026

