Sejenak Bersama Mardhiah Latiff, Pengasas Bersama Lax. Retreat
Mardhiah Latiff, wanita hebat di sebalik pengusahaan pusat kecantikan popular, Lax. Retreat, menjadi pilihan GLAM sebagai personaliti Sejenak Bersama minggu ini. Ikuti temu bual kami bersama Mardhiah, meneroka minatnya dalam bidang kecantikan ini.
GLAM menemu bual Mardhiah Latiff
1- Bolehkah anda menceritakan serba-sedikit tentang latar belakang anda?
Saya memiliki kelulusan ijazah sarjana di dalam bidang kejuruteraan kimia dari University College London (UCL). Setelah itu, saya bekerja di dalam bidang korporat (Telco and Technologies) usai tamat pembelajaran. Namun, saya sentiasa menggambarkan diri saya sebagai seorang “early adopter in beauty”. Saya selalunya lebih tertarik untuk mengetahui tentang sesuatu formulasi, teknologi, penjenamaan dan positioning. Dan tidak hairanlah, kini saya bekerja di dalam industri kecantikan.
2- Bagaimana pula terdetiknya untuk membina pusat kecantikan Lax. Retreat ini?
Semestinya bermula daripada minat, tetapi lebih penting sekali adalah disebabkan oleh pengalaman kami sendiri (kedua-dua pengasas bersama Lax. Retreat) sebagai pelanggan tetap dalam perkhidmatan kecantikan ini. Kami merasakan bahawa ada jurang dalam melahirkan satu jenama perkhidmatan kecantikan yang lebih moden dan dekat dengan diri kami sebagai millennials dan urbanites. An update is long overdue.

3- Boleh kongsikan bersama kami rutin penjagaan rambut anda?
I am currently obsessed with haircare, terutama sekali dalam penjagaan kulit kepala. Saya sukakan penggunaan bahan aktif seperti AHA dan BHA di dalam pupur rambut juga syampu. Ia berfungsi untuk exfoliate kulit kepala dengan lembut. Scalp care is crucial in taking your haircare to the next level.
4- Bagaimana pula dengan rutin workout, apakah rutin kegemaran anda?
I should make time but I don’t currently have a fixed routine with my busy schedule. Akan tetapi, saya seorang yang suka berenang. Jadi, itu adalah workout saya.Serta mengejar anak saya yang berumur 15 bulan adalah a workout on its own haha.
5- Your current favorite perfume?
Saya sukakan semburan haruman Frederic Malle semenjak 8 tahun yang lalu dan saya masih setia! I love white floral scents, dan obsesi terkini saya adalah Iris Poudre.
6- Perancangan seterusnya untuk Lax. Retreat. Ada perancangan untuk mengembangkan lagi cawangan? Atau ada perancangan untuk menambah pilihan servis terbaru?
Kami baru sahaja melancarkan cawangan baru bertema uniseks yang diberi nama Lay. Retreat di The Curve, Mutiara Damansara. Lay. is offering nail and body treatments, with new offerings yet the same elevated experience. Kami sangat teruja, akhirnya kini kami dapat mengembangkan servis kami kepada semua orang dan bukan sahaja untuk para wanita.
Pautan Berkaitan: Sejenak Bersama Pempengaruh Digital, Khainina Khalil
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
