Kylie Jenner Meluaskan Empayar Kosmetiknya - Glam Malaysia

Kylie Jenner Meluaskan Empayar Kosmetiknya

Another day, another exciting news from our Snapchat Queen!

 

 

Adik bongsu keluarga “diraja” Hollywood, Kylie Jenner saban hari meluaskan empayar kosmetiknya! Beberapa hari lalu, Kylie memuat naik foto butik kosmetiknya yang pertama yang terletak di sebuah pusat beli belah di California.

 

 

 

Hari ini pula, beliau menggemparkan peminat setia dan pengguna produknya dengan sebuah rahsia baru: Desas-desus berbunyi seakan alat solek highlighter bakal menyertai barisan produk Kylie Cosmetics, dan nama yang dipilih buat trend solek hangat itu? Kylighter!

 

Kylie baru melancarkan koleksi Koko dan Holiday Edition bagi LipKit yang kian menjadi penghuni tetap di bibir para gadis fesyen. Menurut Justia Trademarks, Kylie Jenner Inc. memfailkan tanda dagangan bagi Kylighter tersebut pada 23 Jun.”Alat kosmetik: highlighter kosmetik muka dan badan; berus kosmetik; peralatan solek”, dihurai oleh mereka.

 

 

 

Namun disebalik segala spekulasi ini, tiada info lagi bagi tarikh pelancaran ini di lawan web rasmi Kylie Cosmetics. Yang pasti ialah rahsia ini sedang diusahakan dalam diam dan bakal mengejutkan ramai ketika pengumumannya, sama seperti pelancaran produk-produk lain empayar jutaan ini.

 

We’ll be (not-so-patiently) waiting, Kylie!

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah