Hyaluronic Acid Wajib Dalam Rutin Penjagaan Kulit
Hyaluronic Acid Wajib Dalam Rutin Penjagaan Kulit

Hyaluronic Acid Wajib Dalam Rutin Penjagaan Kulit

Pakar Dermatologi rekomen penggunaan bahan ini adalah terbaik untuk rutin penjagaan kulit wajah. Sesuai untuk efek kulit lembap dan plumper.

Photo by Park Street on Unsplash

Jika anda sedar kebanyakkan bahan dalam produk penjagaan kulit mempunyai kandungan hyaluronic acid. Terdapat dalam serum, masker muka dan pelembap. Ianya menjadi satu kemestian kerana bahan ini membantu molekul kulit wajah lebih segar dan bersinar dengan serta-merta.

Kiehl’s Vital Skin-Strengthening Super Serum

Apa itu Hyaluronic Acid ?

Kandungan yang ada dalam bahan ini dikatakan menyekang air dan meremajakan kulit wajah dari dalam kulit. Kulit kekal berhidrasi dan juga salah satu solusi untuk mengatasi kulit kusam dan tanda-tanda awal penuaan.

Drunk Elephant B-Hydra Intensive Hydration Serum

Kenapa Hyaluronic Acid penting ?

Bertindak sebagai meningkatkan kadar hidrasi pada kulit wajah yang mampu membuatkan kulit wajah kekal segar, bersinar dan anjal. Semakin anda berumur, anda akan kekurangan kolagen dan bahan ini akan bertindak secara natural dan severa. Malah, bersifat lightweight, watery dan melindungi kulit daripada terdedah dengan pencemaran udara.

Sothys Hydra Hyaluronic Acid

Siapakah sepatutnya menggunakan Hyaluronic Acid?

See also
5 Serum Terbaik Untuk Kulit Kering Agar Kulit Lebih Anjal & Bebas Cela

Sesuai untuk semua jenis kulit. Secara keseluruhan, bahan yang terkandung tidak memudaratkan kulit wajah dan tidak mengaktifkan sel kotor seperti jerawat, rosacea atau alergi kulit. Jika anda berkulit kering atau lebih matang semestinya akan menggemari bahan ini kerana memberi kesan mengagumkan. 

PeterThomasRoth Hyaluronic Cloud Gel Eye Patches

Semakin hari kita didedahkan dengan perubahan serba canggih dan inovasi dalam pembuatan produk kecantikan termasuklah kandungan Hyaluronic Acid yang kini berada dalam serum, krim siang, sheet mask, rawatan atau dalam potent ampoules. Tetapi, haruslah diingat bahawa setiap bahan yang terkandung dalam produk penjagaan kulit pasti mempunyai kekurangannya dan adalah lebih baik jira anda boleh berunding dengan pakar kecantikan sebelum mencuba.

Morning Expert Hyaluronic Serum

Pautan berkaitan GLAM Cantik: Item Must Have Pilihan Editor