GLAM 101: Magis Wangian
Teks: Aizat Aidid
Semburan wangian bermula sebagai satu alat sembahyang buat orang Mesir. Kemudian para bangsawan serta orang kaya Mesir menggunakan minyak wangi seperti bau bunga lili untuk menunjukkan status kekayaan mereka. Golongan Parsi menyemburkan wangian sebagai status politik mereka sehingga budaya minyak wangi ini dipraktikkan pula bangsa Yunani untuk kegunaan harian lalu dunia minyak wangi berubah statusnya.
Fakta-fakta menarik mengenai sejarah dan momen ikonik wangian kegemaran ramai.
- William Henry Perkin menjadi ahli kimia terpenting dalam dunia wangian kerana berjaya mencipta satu bahan kimia melalui sistem yang diberi nama Sintesis Perkin yang dinamakan kumarin. Bahan wangian sintetik ini mempunyai aroma yang menyamai bau rumput kering yang baru di tebas serta mempunyai wangian seperti vanila.
- Masuk abad ke-20 menyaksikan banyak rumah wangian muncul seperti Coty, Guerlain dan Millot lantas mencipta satu pasaran antarabangsa yang cukup kuat lalu memberi ruang kepada rumah fesyen untuk mencuba nasib melancarkan wangian mereka sendiri. Paul Poiret membuka syarikat Parfums de Rosine untuk anaknya dan pernah hendak dibeli oleh Francois Coty.
- Bukan Poiret yang menjadi pereka fesyen pertama melancarkan wangian label sendiri kerana dia membuka syarikat lain buat anak perempuannya. Gabrielle Chanel adalah pencipta revolusi sebenar dengan memperkenalkan wangian Chanel No. 5 pada 1921 dan momen ini mencipta sejarah yang menghubungkan dunia fesyen dan kecantikan.
- Sewaktu Kejatuhan ekonomi pada 1929 membuatkan orang kurang membeli-belah sehinggalah Jean Patou melancarkan wangian Joy lalu memberi ruang kepada pasaran Amerika Syarikat untuk kembali pulih. Elsa Schiapiraelli pula melancarkan Shocking dengan bentuk botol inspirasi daripada tubuh badan sensual Mae West.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
Aksesori Musim Bunga/Panas 2026 Pilihan GLAM!
May 15, 2026
Fesyen
Burberry Raikan Musim Panas Riviera Di Hôtel Belles Rives
May 15, 2026
Cantik
Sofea Shra Bertemu Huda Kattan Di London!
May 15, 2026
Fesyen
GLAM Kongsi Jam Perlu Miliki Buat Peminat Horologi
May 15, 2026
Cantik
7 Haruman Floral-Woody Yang Menggoda Pasangan
May 15, 2026
Gaya Hidup
Sinergi Muzik Aizat Amdan, Sekumpulan Orang Gila Dan Yuna
May 15, 2026
Gaya Hidup
Tarung: Unforgiven Beri Drama Maruah & Dendam
May 14, 2026
Fesyen

