5 Gaya Cantik Diana Danielle Menjadi Pilihan GLAM - Page 4 of 5 - Glam Malaysia

5 Gaya Cantik Diana Danielle Menjadi Pilihan GLAM

Diana Danielle, pelakon juga penyanyi, yang baru-baru ini namanya menjadi bualan ramai menerusi kejayaan terkini dia di dalam filem Imaginur. 

Wanita hebat yang sering memperkasakan wanita sekeliling adalah idola GLAM. Seperti Diana Danielle yang semua orang kenali baik di hadapan atau di balik lensa kamera, dia merupakan wanita yang cukup disenangi ramai. Peramah serta ikhlas menyapa semua, kami amat sukakan personaliti wanita ini. 

Kami juga sudah menonton Imaginur filem terbaru lakonan Diana Danielle yang telah mencecah 6 juta jumlah kutipan di panggung wayang. Ternyata ini amat membanggakan industri seni lokal dan buat anda yang belum menonton, sila tonton dengan segera di panggung berdekatan. Kami pasti anda tidak akan kecewa kerana jalan ceritanya yang pada kami cukup hebat juga gandingan Diana dan Beto Kusyairi yang mantap. 

Melihatkan gaya Diana yang sangat manis, kami terpanggil untuk mengumpulkan 5 gaya cantik Diana Danielle yang menjadi pilihan kami. Sesungguhnya dalam apa jua solekan digayakan wanita ini, dia sentiasa tampil anggun, manis dan berkeyakinan langsung menjadikan inspirasi kepada ramai wanita di luar sana.

5 Gaya Cantik Diana Danielle Pilihan GLAM

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#4 Tocang

Ini pula memperlihatkan Diana dengan dandanan rambut tocang panjang. Antara gaya yang jarang dilihat pada wanita ini namun she nailed it! Memilih solekan yang lebih minimal kerana fokus diberikan pada dandanan rambut. Hanya satu perkataan yang boleh kami gambarkan tentang Diana dan look ini, gorgeous!

Diana Danielle