5 Gaya Cantik Diana Danielle Menjadi Pilihan GLAM - Page 5 of 5 - Glam Malaysia

5 Gaya Cantik Diana Danielle Menjadi Pilihan GLAM

Diana Danielle, pelakon juga penyanyi, yang baru-baru ini namanya menjadi bualan ramai menerusi kejayaan terkini dia di dalam filem Imaginur. 

Wanita hebat yang sering memperkasakan wanita sekeliling adalah idola GLAM. Seperti Diana Danielle yang semua orang kenali baik di hadapan atau di balik lensa kamera, dia merupakan wanita yang cukup disenangi ramai. Peramah serta ikhlas menyapa semua, kami amat sukakan personaliti wanita ini. 

Kami juga sudah menonton Imaginur filem terbaru lakonan Diana Danielle yang telah mencecah 6 juta jumlah kutipan di panggung wayang. Ternyata ini amat membanggakan industri seni lokal dan buat anda yang belum menonton, sila tonton dengan segera di panggung berdekatan. Kami pasti anda tidak akan kecewa kerana jalan ceritanya yang pada kami cukup hebat juga gandingan Diana dan Beto Kusyairi yang mantap. 

Melihatkan gaya Diana yang sangat manis, kami terpanggil untuk mengumpulkan 5 gaya cantik Diana Danielle yang menjadi pilihan kami. Sesungguhnya dalam apa jua solekan digayakan wanita ini, dia sentiasa tampil anggun, manis dan berkeyakinan langsung menjadikan inspirasi kepada ramai wanita di luar sana.

5 Gaya Cantik Diana Danielle Pilihan GLAM

5 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#5 Diana Danielle dan wajah polos, kegemaran kami!

Antara kesemua look cantik dipamer Diana, ini adalah pilihan terbaik kami. Jika dilihat di Instagram miliknya, dia langsung tidak gentar untuk mempamerkan wajah polosnya. Dengan keyakinan yang dimiliki wanita ini membuatkan ramai terinspirasi malah dia pernah menyuarakan secara terbuka dan bersetuju dengan rakan artis seperjuangannya, Mimi Lana,

I feel yew @missmimilana Going without makeup is such a luxury for women nowaday. It’s almost a sin, with friends or family commenting “you look so dead!”. Well, this is my “shooting drama” skin. After putting on thick makeup night and day for almost 2 months, my skin is dehydrated, clogged and raw. Having some time to allow it to heal is normal. I don’t “feel ugly” when i look at myself in the mirror or if i go out and meet people like this. My eyebags are from years of motherhood and that crazy actor schedule. Do i hate it? Nope, i know i can improve my skin with enough rest and proper skincare ritual. They always get back to normal. Thank you Mimi for showing what Real Skin looks like ❤️”

Diana Danielle

 

See also
Fakta Menarik Michelle Yeoh Dalam “Everything Everywhere All At Once”

Kredit Gambar: @dianadanielleb

Pautan Berkaitan: Rahsia Cantik Diana Danielle