fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kempen Terbaru SK-II Menampilkan Victoria’s Secret Angel Behati Prinsloo
Marc Jacobs Beauty Menampilkan Kecantikan Anak Cindy Crawford
Bicara Eksklusif Bersama Pakar Dior Serum Capture Totale
Ekspresikan Diri Bersama GBC & Gucci Beauty!
Sembang Cantik Bersama Brenda Anura Londoh

Diari Cantik Anna Jobling

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sembang Cantik Bersama Anna Jobling

Apakah alatan solekan harian pilihan terkini?

Pilihan saya adalah Laura Mercier Oil Free Tinted Moisturiser. Teksturnya yang bersifat lightweight amat selesa kala di pakai siang dan malam. Malah, melitupi cela di kulit wajah dengan sempurna dan melindungi kulit dari sinar UV.

Jenis wangian yang mengambarkan personaliti anda?

Miss Dior Rose N’Roses. It’s my go to parfume when I’m on set! Saya sering meraih teguran orang sekeliling saya kerana setiap kali saya melangkah, dari sudut jauh mereka sudah menghidu aroma wangian saya. Smelling good is the best compliment.

Bagaimana pula ritual kecantikan sepanjang musim pandemik?

Tidak pernah lekang dengan produk krim tabir setiap hari walaupun berada di rumah saya akan memakainya. Sudah menjadi kebiasaan kerana walaupun berada di rumah, anda juga akan terdedah dengan sinar UV dan blue light.

Artikel berkaitan Kisah Baru Natalie Portman & Miss Dior

Rahsia disebalik mengekalkan rambut sihat dan bersinar?

Cuba elakkan menggunakan alatan rambut terutama styling tools. Kerana rambut saya sering juga kelihatan kering apabila menggunakan alatan ini, dan jika saya tidak dapat mengelaknya terutama ketika berada di set pengambaran, saya amalkan hair mask untuk beri kelembapan pada rambut dan juga kulit kepala.

Berani untuk tampil No Makeup Day?

Sudah tentu! Terutama zaman sekarang ini kita masih memakai pelitup wajah dan untuk saya yang sering tampil keluar tanpa secalit mekap pada wajah. Kulit terasa lebih bebas dan bernafas lega. Malah, dapat mengelakkan masalah maskne juga.

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse