Adakah Rutin Gua Sha Masih Relevan?
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioSatu gimik atau kebetulan? Alternatif rutin Gua Sha pernah mencetus fenomena. Dengan kehadiran teknologi, Gua Sha makin dilupakan!

Gua Sha nama yang cukup popular dalam kalangan beauty people! Hanya tular di media sosial, alat urutan wajah ni dikatakan mempunyai kehebatan dalam meningkatkan kitaran mikro, membuang toksik wajah dan melegakan sakit otot. Namun, betulkah tanpa sebarang suntikan botulinum toxin pada wajah kulit akan lebih halus dan kurang kedutan? Menurut kajian, teknik ini sudahpun diperkenalkan sejak 600 tahun lalu dalam dunia perubatan cina. Ia merupakan teknik traditional yang hanya menggunakan tenaga tangan untuk menggerakkan batu kristal ini. Menurut pakar, gua sha ini sama teknik seperti akupuntur yang membantu mengimbangi peredaran tenaga dalam badan. Jika menggunakan teknik yang betul, gua sha tidak akan meninggalkan kesan kemerahan pada kulit wajah.

Malah, membantu wajah lebih tegang dan sebagai facelift. Gua Sha ini sangat popular dalam kalangan A-lister, Miranda Kerr, Zendaya, Gwyneth Paltrow dan Justin Bieber mengamalkan rawatan ini dalam rutin penjagaan kulit wajah harian mereka. Malah punya tarikan luar biasa kerana rekaan bentuk kristalnya yang diperbuat daripada jade, rose quartz atau amethyst. Gandingan sempurnanya adalah bersama face oil atau serum kerana melancarkan pergerakan dan tidak meninggalkan kesan iritasi pada kulit wajah.
Artikel berkaitan Konsisten Dalam Penjagaan Wajah Untuk Kekal Muda Berseri
Hadkan pengunaannya dua atau tiga kali seminggu. Urutan bermula dari leher dan gerakkan secara perlahan dengan menggunakan bahagian lengkungan secara ke bawah. Beralih ke wajah, bermula dari bahagian tengah dan bergerak ke atas dan ke luar dengan perlahan. Setiap gerakan tekanan hanya satu arah sahaja. Jika anda mengandung atau mempunyai kulit terlalu sensitif adalah tidak disarankan kerana dikhuatiri mendatangkan masalah yang tidak diingini.
Terpulang pada anda untuk terus mengekalkan rutin bersama atau ingin menggabungkan bersama teknologi moden. Asalkan selamat digunakan dan tidak memudaratkan. Antara jenama yang menjadi pilihan seperti Mount Lai dan Herbivore Botanicals.
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
