5 Langkah Mudah Cipta “Glazed Donut Nails” dari Rumah - Glam Malaysia
5 Langkah Mudah Cipta “Glazed Donut Nails” dari Rumah

5 Langkah Mudah Cipta “Glazed Donut Nails” dari Rumah

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Buat anda yang tidak berkesempatan menjengah salon kuku dek sibuk bekerja, ini 5 Langkah mudah kami kongsi untuk anda cipta “Glazed Donut Nails” dari rumah.

Trend kuku “glazed donut nails” ini mula popular apabila melihat Hailey Bieber menggayakannya di beberapa acara umum pada Tahun 2021. Daripada situ, ia menjadi popular di TikTok dan juga di kalangan peminat kecantikan, malah dinobatkan sebagai trend kuku of the year. Bermulanya terma “glazed donut” menjadi bualan ramai ini adalah ketika Hailey berkongsi rutin cantiknya sebelum tidur yang mana melibatkan kulit wajah yang sihat dan segar ibarat rupa donut bersalut gula cair seperti di glazed donut di Krispy Kreme!

Baru-baru ini penata rias kuku Hailey, Zola Ganzoright, ada berkongsi tip dan Langkah mudah untuk dapatkan kuku cantik seperti ini hanya dari rumah, tidak perlu berkunjung ke salon kuku!