fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Terokai Era Baharu Wangian Rabanne Bersama Power Couple GLAM
10 Wanita Paling Cantik Di Dunia Pada Tahun 2023
Tiru Rutin Penjagaan Kulit Yuna
Dapatkan Highlighter Francesca Bridgerton Yang Tular Di TikTok
Beli-Belah Saat Akhir : 7 Bingkisan Istimewa Lunar Day 2022 Terbaik
Home > Cantik > Valentino Beauty Menampilkan Wangain Vendetta

Valentino Beauty Menampilkan Wangain Vendetta

Valentino Beauty tampil dengan duo wangian terbaharu iaitu Vendetta yang melambangkan semangat membara tanpa batas.

Selepas enam tahun, Vendetta hadir sebagai duo wangian pasangan yang mengangkat semula makna cinta dan melambangkan keberanian dalam mengekspresikan emosi. Nama Vandetta turut diberi penghormatan kepada wangian Maison yang pernah diperkenalkan oleh pengasasnya, Valentiono Garavani pada tahun 1991, dan kini ditafsirkan semula menerusi pendekatan yang lebih moden.

Dengan bertemakan The Scents of Unstoppable Passion, Vendetta menghidupkan semula romantisisme yang tulus, sambil mengajak generasi kini untuk menghayati dengan lebih dalam makna cinta yang lahir daripada kejujuran, dipandu naluri dan diperkukuh oleh keberanian menzahirkan emosi. Lebih istimewa, rekaan botol bagi koleksi ini masih mengekalkan identiti ikonik Valentino menerusi motif grafik berbentuk “V” serta penutup berlipat yang diilhamkan daripada siluet busana couture Maison itu.

Vendetta hadir dalam dua ekspresi yang berbeza, iaitu Vendetta Donna dan Vendetta Uomo. Kedua-duanya memiliki karakter tersendiri namun disatukan oleh visi yang sama. Vendetta Dona yang dicipta oleh master perfumer Dominique Ropion bersama Andrew Everett, menggabungkan nota floral gourmand berkayu yang mengetengahkan bunga tuberose sebagai elemen utama. Diperkaya dengan ekstrak eksklusif Tuberose Osmobloom™, haruman ini menyerlahkan karakter bunga tuberose yang lebih sensual dan bercahaya, dipadankan pula dengan nota Red Orange Nectar yang segar serta sentuhan kayu cendana yang lembut. Selain itu, cecair merah pekat di dalam botol pula melambangkan warna ikonik Valentino yang sinonim dengan keberanian, keghairahan dan emosi.

Bagi Vendetta Uomo, master perfumer Marie Salamagne mengolah nota woody spicy gourmand yang menggabungkan kesegaran halia CO₂ dari Peru dan sitrus Itali dengan kehangatan Cinnamon Liquor Accord. Wangian ini diakhiri dengan pati nilam serta nota kayuan moden yang memberikan karakter maskulin yang sofistikated, penuh keyakinan dan tahan lama.

Bagi melengkapkan kisah Vandetta, Valentino Beauty memperkenalkan Dakota Johson dan Alexander Skarsgård sebagai duta jenama terbaharu menerusi visual kempen Vendetta. Kedua-duanya memancarkan aura keberanian dan romantisisme yang menjadi nadi kepada naratif wangian ini, menggambarkan dua insan yang berani mengikut naluri, tanpa terikat pada kebiasaan. Sekali gus memperkukuhkan identiti Vendetta dalam dunia wangian Valentino Beauty yang mengangkat hubungan yang tulus dan bermakna.

Artikel berkaitan: Maison Valentino Himpunkan 3 Bintang Thailand Di Acara Rockstud Salon