Related Stories
Deretan Filem Terbaru Yang Menghidupkan Layar Perak Julai Ini
Bulan Julai 2026 membuka tirai dengan pengalaman sinematik yang semakin mengujakan, bersama pelancaran filem terbaru yang bersedia mengisi layar perak dengan pelbagai genre. Bulan ini hadir sebagai satu kurasi tontonan yang bukan hanya hiburan, tetapi pengalaman visual yang dirancang untuk meninggalkan impak. Setiap judul membawa identiti tersendiri, menjadikan senarai tontonan kali ini lebih dinantikan. GLAM himpunkan deretan filem terbaru bulan Julai 2026 buat anda!
Ini Senarai Filem Terbaru Wajib Tonton Julai 2026
1. Moana (Live Action)

Moana (Live-Action) hadir sebagai antara tayangan paling dinanti pada bulan Julai 2026 apabila ia membawa semula kisah ikonik Disney dalam versi yang lebih hidup. Adaptasi ini menghidupkan kembali perjalanan Moana merentasi lautan luas dalam usaha menyelamatkan pulau dan menemukan identiti dirinya, kini dengan pendekatan sinematografi live-action yang lebih epik dan emosional. Catherine Laga’aia membawakan watak Moana, seorang individu yang berani dan teguh dalam menempuh perjalanan hidupnya manakala Dwayne Johnson menggalas watak Maui, sekaligus menambah lagi elemen nostalgia sambil memberi nafas baharu kepada karakter legenda ini. Dengan gabungan muzik yang diperbaharui dan visual lautan yang lebih dramatik, filem ini dijangka menjadi antara sorotan utama musim tayangan, khususnya bagi peminat Disney dari pelbagai generasi. Filem ini ditayangkan bermula pada 9 Julai 2026.
2. Evil Dead Burn

Evil Dead Burn kembali menghidupkan francais horror klasik ‘Evil Dead’ dengan pendekatan yang lebih gelap, brutal dan penuh ketegangan psikologi. Filem ini membawa penonton ke dalam dunia yang sarat dengan elemen possession dan survival, di mana setiap detik terasa tidak menentu dan mengganggu. Ia membawa kisah selepas kehilangan suaminya, seorang wanita mencari ketenangan bersama keluarga mentuanya. Namun, seorang demi seorang mereka mula berubah menjadi Deadites, dan dia akhirnya menyedari bahawa ikrar yang pernah diambil dalam hidupnya adalah untuk terus bertahan walaupun selepas kematian. Ia dijangka menjadi salah satu filem paling menyeramkan dalam siri ini, menggabungkan keganasan fizikal dan tekanan emosi yang membuatkan penonton terus terpaku hingga ke penghujung cerita. Filem seram ini bakal menemui penonton pada 9 Julai 2026.
3. Spider-Man: Brand New Day

Spider-Man: Brand New Day menandakan babak baharu dalam perjalanan Peter Parker yang kini memasuki fasa lebih matang, sunyi dan penuh cabaran selepas dunia melupakan identitinya. Filem ini dijangka mengangkat tema ‘permulaan semula’ dengan nada yang lebih gelap, di mana Peter perlu membina semula hidupnya daripada kosong sambil terus memikul tanggungjawab sebagai Spider-Man. Menampilkan Tom Holland, Zendaya, Sadie Sink, John Bernthal dan lebih lagi, Spider-Man: Brand New Day memberi nafas segar kepada francais ini. Ia bukan hanya tentang aksi adiwira, tetapi juga tentang identiti, pengorbanan dan bagaimana seseorang bangkit semula apabila segala-galanya hilang. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 30 Julai 2026.
4. Mojoku Hilang

Mojoku Hilang adalah filem terbitan Malaysia yang mengisahkan kehilangan seekor lembu bernama Mojo dan pengembaraan untuk menemuinya. Filem ini diarahkan oleh Min Lim dan menampilkan pelakon terkenal seperti Adipati Dolken, Mimi Lana, Wan Hanafi Su, dan Ahmad Tamimi Siregar. Lebih menarik, sebanyak 80% penggambaran telah dilakukan di Perlis. Filem ini bakal menemui anda pada 23 Julai 2026.
5. The Oddsey

The Odyssey hadir sebagai sebuah adaptasi epik yang membawa penonton menyusuri perjalanan penuh ujian Odysseus dalam usaha pulang ke tanah air selepas peperangan besar. Filem ini dipenuhi dengan elemen mitologi, dewa-dewi, makhluk legenda dan cabaran yang menguji kekuatan fizikal serta keteguhan jiwa seorang pahlawan. Dengan skala penceritaan yang luas dan sinematografi yang dijangka megah, The Odyssey bukan sekadar kisah pengembaraan, tetapi juga refleksi tentang kerinduan, ketabahan dan harga sebuah kepulangan. Ia turut menjadi bualan ramai bersama barisan pelakon terkenal seperti Anne Hathaway, Tom Holland, Zendaya, Matt Damon dan Robert Pattinson terutamanya diarahkan oleh Christopher Nolan, pengarah berkaliber. Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 16 Julai 2026.
6. The Shrine

The Shrine merupakan sebuah filem seram okult yang penuh dengan elemen mistik dan ketegangan psikologi, apabila tiga pelajar kolej yang menjalani lawatan lapangan ke sebuah kuil terbiar di Jepun tiba-tiba hilang tanpa jejak. Dalam usaha mencari jawapan, seorang bomoh bernama Park Soo-jung bersama rakan lamanya di kolej mula menyiasat kejadian misteri tersebut, sebelum akhirnya mereka terseret ke dalam dunia entiti jahat yang selama ini bersembunyi di sebalik lokasi suci itu. Dengan atmosfera yang gelap, ritual spiritual yang mengganggu dan pendedahan identiti roh jahat yang menghantui mereka, The Shrine turut menghadirkan barisan pelakon seperti Kim Jae-Joong, Kong Seong-Ha dan Hana Kino. Filem ini bakal menghiasi layar perak pada 16 Julai 2026.
Artikel berkaitan: Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
