Sanggul Sleek Selena Gomez Curi Perhatian Di Perkahwinan Taylor Swift
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan ed...
Read Full BioDi sebalik kemeriahan majlis perkahwinan Taylor Swift, penampilan Selena Gomez turut mencuri perhatian. Hadir sebagai antara tetamu rapat, dia memilih gaya yang cukup elegan, membuktikan bahawa solekan yang sederhana dan gaya rambut yang kemas mampu memberikan impak yang besar.
Fokus utama sudah tentu terarah kepada sanggul sleek hasil sentuhan jurugaya rambut Renato Campora. Rambut disisir rapi ke belakang tanpa belahan yang jelas, menghasilkan kemasan yang begitu licin sehingga memantulkan cahaya. Tiada helaian rambut yang terkeluar, menjadikan keseluruhan gaya kelihatan begitu kemas, moden dan sofistikated.
Sanggul yang diletakkan tinggi pada bahagian atas kepala pula melengkapkan siluet wajah Selena dengan sempurna. Tanpa perincian yang berlebihan, gaya ini menyerlahkan keindahan bentuk wajahnya sambil memberi ruang kepada solekan dan busana untuk tampil lebih menonjol. Ia sekali lagi membuktikan mengapa sanggul sleek kekal menjadi pilihan untuk acara formal, daripada karpet merah hinggalah majlis perkahwinan.
Selena Gomez Memilih Solekan Soft Glam
Bagi solekan, Selena mengekalkan estetik soft glam yang menjadi signaturnya. Kulit tampil sekata dengan kemasan yang kelihatan segar, dipadankan bersama kening yang disikat lembut, solekan mata dalam rona neutral serta bulu mata yang memberikan definisi tanpa kelihatan terlalu dramatik. Bibir pula dilengkapi dengan rona berkilau yang menyempurnakan keseluruhan penampilan.
Tidak ketinggalan, rias kuku rona milky yang dihasilkan oleh Tom Bachik menjadi pelengkap yang cukup subtle. Dengan kemasan sheer pada kuku berbentuk segi empat, ia menyerlahkan estetika quiet luxury yang masih menjadi pilihan ramai, ringkas, bersih dan tidak pernah lapuk ditelan masa.
Dipadankan bersama gaun renda hitam tanpa bahu, keseluruhan penampilan Selena terasa seimbang. Tiada elemen yang cuba mencuri perhatian secara berlebihan, sebaliknya setiap perincian saling melengkapi, daripada sanggul, solekan hinggalah rias kukunya.
Penampilan Selena di perkahwinan Taylor Swift mengingatkan bahawa gaya yang paling meninggalkan kesan selalunya bukan yang paling rumit. Sebaliknya, ia lahir daripada pilihan yang tepat, kemasan yang teliti dan keyakinan untuk membiarkan kecantikan semula jadi menjadi tumpuan.
Artikel berkaitan: Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Artikel Berkaitan
Lancôme Menulis Semula Naratif Kecantikan Bersama Zoe Salda...
Met Gala 2026: Solekan Paling Ikonik
5 Pilihan Krim Mata Terbaik untuk Hilangkan Lingkaran Gelap
Shu Uemura Perkenal block:booster charged up – Rahsia ...
Iman Opie Living Life In Motion
Air Sejuk Beri Lebih Kebaikan Pada Kesihatan Berbanding Mand...
7 Cara Melapis Produk Penjagaan Kulit untuk Kesan Terbaik
Pilihan Bacaan Seterusnya
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
