fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Cincin Bertuah Dior
RIMOWA Original Bag 16 Versi Kecil Penuh Karakter
4 Gaya Fesyen Alyssa Daguisé Pilihan GLAM
Future Princess Meghan Markle Telah Memilih Pereka Gaun Perkahwinannya
Anugerah Emmy 2018: Selebriti-Selebriti Best Dressed Di Karpet Merah
Home > Fesyen > Coach Menghidupkan Semangat New York Di Tengah Kota KL

Coach Menghidupkan Semangat New York Di Tengah Kota KL

Berinspirasikan kota kelahirannya, label Coach membawakan elemen ikonik New York menerusi dua pop-up eksklusif di Fahrenheit88 dan Coach Pavilion KL.

Musim ini, Coach membawa semangat New York ke Kuala Lumpur menerusi pop-up eksklusif yang berlangsung di tengah kota. Bersempena proses pembaharuan butik utamanya di Pavilion Kuala Lumpur, label Coach memperkenalkan dua destinasi yang menawarkan pengalaman berbeza buat para pengunjung. Dari ruang yang berilhamkan jalanan kota New York hingga ke persembahan koleksi yang lebih menyeluruh, kedua-duanya mencerminkan pendekatan Coach yang sentiasa meraikan ekspresi diri dan kreativiti dalam cara yang segar serta relevan.

Coach Tampil Dengan Dua Pop-up Eksklusif Di Tengah Kota Kuala Lumpur

Bertempat di Fahrenheit88, Coach menampilkan sebuah ruang yang ceria dan mencuri perhatian, lengkap dengan elemen yang sinonim dengan identiti jenama seperti maskot Rexy dan replika teksi kuning ikonik New York. Di sini, tumpuan diberikan kepada beberapa item fesyen termasuk tas tangan yang menjadi kegemaran musim ini termasuk Chelsea, Dakota, Brooklyn, Empire serta Tabby. Turut mencuri perhatian adalah pelancaran koleksi terkini Coach | Brain Dead, kolaborasi yang menggabungkan estetika kedua-dua jenama menerusi semangat penciptaan bersama dan kebebasan berekspresi. Pengunjung yang hadir, berpeluang menikmati pengalaman yang lebih interaktif apabila berkongsi kunjungan mereka di media sosial untuk menerima hadiah eksklusif terpilih.

Sementara itu, Coach Pavilion Kuala Lumpur Pop-Up Store juga menawarkan pengalaman yang lebih komprehensif menerusi seleksi item yang lebih luas. Ruang yang menggabungkan rona lembut dan tekstur berkarakter ini menjadi latar kepada rangkaian barangan kulit ikonik, koleksi pakaian sedia pakai serta aksesori yang membentuk dunia Coach hari ini. Keseluruhan koleksi Coach | Brain Dead turut tersedia di lokasi ini, membolehkan para pelanggan meneroka koleksi kolaborasi yang amat dinantikan musim ini dengan secara lebih dekat.

Berlangsung untuk tempoh yang terhad, kedua-dua pop-up ini hadir sebagai sambungan kepada evolusi Coach yang terus mendekati komuniti fesyen menerusi pengalaman yang lebih dinamik dan mengujakan. Daripada pilihan tas tangan yang menjadi signatur jenama hingga kolaborasi Coach | Brain Dead yang mengujakan, setiap kunjungan menawarkan peluang untuk melihat sendiri bagaimana warisan Coach diterjemahkan ke dalam konteks yang lebih moden. Coach Fahrenheit88 Pop-Up Store dibuka sehingga penghujung September 2026, sementara Coach Pavilion Kuala Lumpur Pop-Up Store pula berlangsung sehingga penghujung November 2026.

Artikel berkaitan: Coach Membawakan Pop-up Penuh Magis Di Tiga Destinasi