fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Transformasi Terbaru Kendall Jenner Dari Brunette Ke Blonde Mencuri Perhatian
Manifesto Cantik : Bintang Malaysia Setaraf Antarabangsa
5 Tutorial Untuk Kuku Yang Menawan dan Outsanding
Dior Holiday Story Koleksi Holiday 2023 Terbaik
Menemukan Ketenangan Kulit Dengan Bahan Semulajadi, Cica
Home > Cantik > Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club

Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club

Tiba masanya untuk upgrade gaya hidup anda lebih dramatik! Eden Social Club kini hadir bersama Lagree Megapro yang bakal mencabar ketahanan diri. Ruang serba estetik ini bukan sekadar destinasi wellness tetapi inilah wanita moden mahukan!

Bayangkan sebuah ruang di mana senaman intensif bertemu ruang menenangkan Dry Bar, dan bertemu pula di ruang sauna yang hangat membawa kepada cold plunge yang menyegarkan. Lengkapkan penampilan diri anda dengan servis kecantikan istimewa! Inilah Eden Social Club, destinasi wellness yang menggabungkan dua ruang berbeza pertama di Malaysia yang menggabungkan studio Lagree bertauliah, perkhidmatan kecantikan premium dan recovery sanctuary di bawah satu bumbung di KLGCC Mall.

Eden bukan sekadar tempat ia pengalaman, komuniti, dan peringatan bahawa meluangkan masa untuk diri sendiri bukan pilihan, tetapi keperluan.

Sembang Cantik bersama Datin Dr. Batrisyia, Pengasas Eden Social Club

  1. Anda bergelar seorang doktor, usahawan, ibu kepada dua anak kecil, dan kini membuka ruang wellness. Adakah satu detik tertentu yang mencetuskan kata hati, “Saya mahu bina sesuatu yang milik saya sendiri, di luar dunia perubatan”?

Honestly? Motherhood! Sejak saya menjadi seorang ibu, sesuatu dalam diri saya berubah secara mendalam. Saya tidak mampu membayangkan diri terikat pada jadual yang bukan milik saya, terlepas langkah pertama anak-anak dan semua momen kecil yang tidak akan berulang. Medicine gave me so much, but it also asked for everything in return.

Eden muncul sebagai jawapan kepada soalan yang pada mulanya tidak saya sedari dan saya membangunnya bersama tiga orang adik-beradik perempuan menjadikan ia terasa bukan seperti perniagaan semata-mata  tetapi seperti sesuatu yang kami cipta untuk keluarga kami, untuk generasi yang akan datang. Perubatan tetap teras saya. Ia akan sentiasa begitu. Eden adalah sambungan dari siapa diri saya, bukan pengganti.

  1. Eden berdiri atas tiga tunggak utama iaitu pergerakan, kecantikan, dan pemulihan. Antara ketiganya, yang manakah paling dekat dengan jiwa dan cara hidup anda sendiri?

Kalau terpaksa memilih satu, saya akan pilih recovery iaitu pemulihan. Sebagai ibu kepada dua anak kecil, rehat adalah perkara yang paling saya hargai, dan ironisnya, paling sedikit saya miliki. Jadi apabila masa itu tiba, saya akan benar-benar memanfaatkannya seperti  tidur yang berkualiti, contrast therapy dengan sauna dan cold plunge di ESC. Movement keeps me sane and beauty is my little reset, but recovery is what holds it all together for me.

  1. Lagree dikenali sebagai latihan yang intensif namun low-impact. Adakah anda sendiri telah mencubanya sebelum memutuskan untuk memperkenalkannya di Eden? Bagaimana pengalaman sesi pertama anda?

Sebenarnya adik saya, Adriana, yang menemuinya ketika dia melancong ke Eropah dan dia sangat obsessed dengan rutin ini. Dia tidak henti-henti memperkatakan Lagree sehinggalah kami semua akhirnya menyerah dan mencuba. Sesi pertama itu meletakkan saya di tempat yang sepatutnya. Anda hadir dengan sangkaan bahawa anda cukup fit namun apabila anda berada di atas Megaformer barulah anda tahu yang sebenarnya badan tidaklah seperti yang digambarkan. Setiap otot menggeletar, termasuk otot-otot yang selama ini tidak pernah mahu mengakui kewujudannya.

Sensasi pembakarannya adalah sesuatu yang perlu dialami sendiri untuk difahami. Ia addictive dalam erti kata yang terbaik! Perlahan, terkawal, tanpa hentakan pada sendi, tetapi intensiti yang sungguh bermakna. Kami tahu pada ketika itu: Malaysia memerlukan ini.

  1. Eden menggabungkan kecergasan dan kecantikan dengan sangat lancar sesuatu yang jarang kita temui. Apakah falsafah kecantikan peribadi anda?

Sepenuhnya. Bagi saya, ia kembali kepada satu perkataan: konsistensi. Apabila saya konsisten dengan latihan, saya secara semula jadi menjadi lebih konsisten dalam menjaga diri seperti kulit saya, rambut saya, kualiti tidur saya, cara saya berpakaian. Semuanya adalah otot yang sama. Apabila anda mendisiplinkan diri dalam satu aspek, anda melatih diri untuk hadir dalam semua aspek.

Tanggapan lama bahawa kecergasan dan kecantikan hidup dalam dunia yang berasingan ia adalah lapuk! Wanita moden tidak memecah-mecahkan diri mereka seperti itu. Kami mahu apabila anda di sini, anda tampil dengan sepenuh jiwa dan keluar dengan penuh seri.

  1. Di Eden, anda menawarkan lash extensions, brow service dan dry bar di samping kecergasan dan pemulihan. Adakah anda sendiri menikmati rawatan-rawatan ini, dan yang manakah menjadi keseronokan rahsia anda?

Dry bar, tanpa ragu-ragu. Saya sangat passionate tentangnya. Ada sesuatu tentang rambut yang tersusun dan terawat yang menetapkan keseluruhan nada hari anda. Kalau rambut tidak kena, mood pun tidak kena, ia  kedengarannya agak vain tetapi saya percaya setiap wanita memahaminya secara diam-diam.

Dan saya harus berikan kredit kepada mereka yang layak menerimanya, Sorfiena is the one behind the lashes and Damia has the eye for brows. Antara lash, brow, dan blowout, saya keluar merasa lengkap sepenuhnya. Dan secara praktikalnya  tiada siapa yang mahu berlatih pada hari rambut cantik. Dengan adanya dry bar di Eden, alasan itu tidak lagi wujud. Anda berlatih keras, kemudian keluar seolah-olah anda tidak pernah berpeluh.

  1. Jika anda boleh memberikan satu nasihat kecantikan atau wellness kepada wanita dalam lingkungan 30-an yang berasa tiada langsung masa untuk dirinya sendiri, apakah ia?

Luangkan masa  terutama ketika ia terasa mustahil. Tiga puluh minit mengubah keseluruhan tenaga anda. Anda menjadi lebih hadir untuk keluarga dan pekerjaan anda apabila anda telah hadir untuk diri anda dahulu.

Empat puluh lima minit di Eden, dan anda akan keluar seperti wanita yang berbeza. Itu janji saya.

  1. Eden Social Club digelar destinasi kecergasan Lagree, kecantikan, dan wellness bersepadu pertama di Malaysia. Apakah risiko terbesar yang anda ambil untuk merealisasikan visi ini  dan adakah anda akan mengulanginya?

Bagi kami, ia kurang tentang risiko dan lebih kepada sesuatu yang unik! Ramai yang terbang ke negara lain semata-mata untuk Lagree. Di Eden, segalanya ada di sini, tidak perlulah anda memandu ke tempat yang berbeza hanya untuk kecerdasan dan kecantikan. Tiada lagi tempat  yang menghimpunkan semuanya di bawah satu bumbung.

Apabila jurang itu begitu ketara, anda berhenti memikirkan tentang risiko. Fikiran yang lebih menakutkan adalah berdiam diri dan menyaksikan orang lain membinanya. Adakah saya akan mengulanginya? Tanpa sebarang keraguan. Dan saya rasa kami masih berada di awal perjalanan tentang apa yang ini semua boleh menjadi.

  1. Nama “Eden” sangat evocative  ia mencadangkan syurga, sanctuary. Adakah ia disengajakan, dan perasaan apakah yang anda ingin wanita kaitkan dengan nama itu?

Sepenuhnya disengajakan. Eden adalah syurga. Itulah tepat dari mana “Escape to Eden” lahir hidup ini penuh tuntutan, dan kami mahu membina suatu tempat di mana wanita boleh datang dan merasa dijaga, merasa seperti diri mereka sendiri semula. Perasaan itulah yang kami kejar dalam setiap perkara yang kami lakukan, setiap hari.

Kunjungi and tempah slot anda di Eden Social Club di KLGCC Mall. Ikuti perjalanan mereka di Instagram @esc.kl dan TikTok @edensocialclub.

Artikel berkaitan: Kenapa Senaman Kaki Penting Untuk Kesihatan Otak?