fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
8 Restoran & Kafe Milik Selebriti Terkenal
Michael Jackson Biopic Pecah Rekod Box Office Dunia
Syifa Hadju & El Rumi Rasmi Bertunang, Terima Cincin Berlian 3 Karat!
Ketenangan Alam Di Jantung Bali
Pewaris Takhta Denmark, Putera Joachim Ikut Jejak Langkah Putera Harry
Home > Gaya Hidup > Hot Girl Walk: Trend Atau Terapi Mental?

Hot Girl Walk: Trend Atau Terapi Mental?

Hot Girl Walk menjadi rutin kesihatan yang kini digemari ramai wanita sebagai antara cara paling mudah untuk menjadi terapi mental dan tubuh dalam satu masa. 

Di sebalik lambakan trend kesihatan di media sosial, muncul satu rutin yang kelihatan ringkas tetapi memberi impak besar kepada kesihatan mental generasi masa kini iaitu Hot Girl Walk. Bermula sebagai trend di TikTok ketika pandemik, konsep ini kini berkembang menjadi gaya hidup yang diamalkan ramai wanita sebagai bentuk self-care yang lebih realistik dan mudah dilakukan. Ia turut menjadi rutin kesihatan yang menawarkan terapi mental apabila anda akan berjalan sambil memfokuskan fikiran kepada tiga perkara utama iaitu apa yang disyukuri, matlamat dan impian hidup serta membina keyakinan terhadap diri sendiri.

Apa Itu Hot Girl Walk?

Hot Girl Walk: Trend Atau Terapi Mental?

Istilah Hot Girl Walk telah diperkenalkan oleh pelajar University of Southern California, Mia Lind menerusi platform TikTok sebagai satu bentuk meditasi bergerak yang lebih moden dan trendy. Konsep tersebut tercetus ketika satu bentuk senaman yang tidak terasa membebankan sedang dicari olehnya. Secara tidak langsung, aktiviti berjalan kaki sambil mendengar muzik dan menenangkan fikiran telah diberikan nafas baharu menerusi trend ini. Stigma bahawa berjalan kaki adalah bukan satu bentuk senaman turut cuba diubah. Oleh itu, aktiviti berjalan kaki telah diberikan penjenamaan semula sebagai Hot Girl Walk agar ia dilihat lebih menarik dan relevan dengan generasi masa kini.

Hot Girl Walk: Trend Atau Terapi Mental?

Untuk melakukan Hot Girl Walk, anda hanya perlu menyarungkan kasut yang selesa seperti kasut sukan sebelum berjalan di atas treadmill atau di laluan luar yang selamat. Anda juga boleh memainkan senarai lagu kegemaran untuk menemani perjalanan sambil memberi ruang kepada diri untuk bertenang serta memfokuskan fikiran kepada perkara-perkara yang positif.

Senaman Ringkas, Impak Besar

Hot Girl Walk: Trend Atau Terapi Mental?

Berjalan merupakan satu bentuk senaman yang agak signifikan. Pada kelajuan yang laju atau konsisten, aktiviti ini boleh membakar kira-kira 300 hingga 400 kalori, bergantung kepada berat badan individu serta jenis permukaan atau laluan yang digunakan. Jika dilakukan secara konsisten, berjalan pantas dapat meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular dan membantu mengekalkan berat badan yang sihat. Berjalan kaki secara asasnya dapat meningkatkan mood, fungsi kognitif, memori serta kualiti tidur. Apabila ditambah dengan elemen meditasi seperti rasa syukur dan visualisasi matlamat, kesannya menjadi lebih mendalam kerana ia membantu menguatkan fokus mental serta membina pemikiran yang lebih positif.

Hot Girl Walk: Trend Atau Terapi Mental?

Apabila anda meluangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit berjalan sambil menghitung rasa syukur dipercayai dapat merangsang pengeluaran bahan kimia otak yang meningkatkan mood. Ia juga membantu menenangkan kebimbangan, memutuskan kitaran pemikiran negatif, serta secara perlahan-lahan mengubah cara otak memproses pengalaman harian.

Artikel berkaitan: Minum Elektrolit Untuk Kekal Hidrasi Badan