fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Elemen – Kilauan Romantis Satin
GLAM Deko Kediaman – Gaya Hidup Premium
GLAM Deko Promosi – Menangi Percutian di Grand Lexis Port Dickson Premium Pool Villa
Palet-Trivia Warna Optimistik Kuning
GLAM Deko Libur – 4 Hotel Butik Asia Tercantik
Home > GLAM Plus > GLAM Horologi > GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch

GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch

GLAM membawa sekumpulan wanita glamor Kuala Lumpur ke butik jam tangan Cartier oleh Cortina Watch.

Dalam suasana yang cukup eksklusif dan bersifat peribadi, GLAM meraikan sekumpulan wanita glamor Kuala Lumpur di butik Cartier oleh Cortina Watch. Butik ini dibuka khas buat jemputan istimewa GLAM, berlangsung dalam suasana intim dan santai petang itu. Para tetamu hadir dalam gaya spring elegance, mencuba seleksi jam tangan Cartier yang ikonik. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Kreatif GLAM, Aizat Aidid, diikuti perkongsian oleh wakil butik, Sara Puah mengenai legasi Cartier yang kekal agung dan relevan.

Usai sesi pembukaan, para tetamu dibawa mendekati dua koleksi ikonik Cartier. Pertama, Santos-Dumont yakni jam tangan bersegi yang diinspirasikan daripada jam poket dan direka khas buat Alberto Santos-Dumont sebelum diperkenalkan kepada umum pada tahun 1911. Keunikan rekaan ini terserlah pada bezel berskru di setiap sudut, menggabungkan elemen fungsi dan estetika. Dahulunya berskala besar dan maskulin, kini ia berevolusi dalam saiz lebih kecil, menjadi pilihan wanita moden yang menggabungkan kekuatan dan keanggunan dalam satu gaya.

Seterusnya, tetamu diperkenalkan kepada Ballon Bleu de Cartier yang dilancarkan pada tahun 2007. Berbeza dengan Santos-Dumont, model ini menampilkan dail bulat dengan crown biru yang tersisip halus dalam lengkungan casing berbentuk C—satu inovasi rekaan yang menjadi identiti utamanya. Reka bentuk ini bukan sahaja menawarkan keselesaan pada pergelangan tangan, malah memancarkan aura sofistikated dan elegan. Sejak diperkenalkan, Ballon Bleu kekal sebagai antara koleksi paling berjaya Cartier dalam era moden.

Menutup acara, para tetamu diberi peluang untuk mencuba sendiri pelbagai pilihan jam tangan Cartier, menjadikan pengalaman ini lebih peribadi dan bermakna.