fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM Update Untuk Fall 2017 Couture Week
The Alphabet dUCk Satu Koleksi Inspirasi Peribadi
Warna Pastel 2025: Tona Yang Bakal Dominasi Dunia Fesyen
Bila Fesyen Jadi Mesra Alam: 8 Jenama Baharu Curi Tumpuan di NYFW & LFW
Minggu Fesyen Paris: Dior Spring/Summer 2019
Home > Fesyen > Florence Pugh, Ratu Trend Fesyen Jarang Hollywood

Florence Pugh, Ratu Trend Fesyen Jarang Hollywood

Penampilan karpet merah Florence Pugh membuktikan trend jarang kekal hangat tahun ini.

Baru-baru ini bintang Oppenheimer itu hadir ke Golden Globes menggayakan persalinan jarang merah menyala. Bagaimanapun ini bukanlah kali pertama dia mencuri perhatian ramai dengan fesyen sedemikian.

Florence telah bereksperimen dengan stail berani sepanjang kerjaya lakonannya. Dan busana jarang secara khususnya menjadi kegemaran aktres ini pada 2022 dan 2023.

Lihat gaya jarang pilihan Florence Pugh beberapa tahun kebelakangan ini

Pelakon Inggeris ini menyarung gaun berperincian flora Valentino kala menghadiri Golden Globes ke-81 bulan lalu.

Pada September 2023, Florence menggayakan gaun pengantin putih suci Alexander McQueen ke Elle Style Awards.

Pada bulan sama, dia memukau hadirin di Minggu Fesyen Paris dalam gaun jarang hitam gothik rekaan Valentino.

Florence memukau dalam naked dress rona ungu pucat pada pertunjukan Valentino di Minggu Fesyen Haute Couture Paris pada Julai 2023.

Pada April 2023, aktres berusia 28 tahun ini muncul di acara Tiffany & Co. di New York City dalam gaun hijau rekaan Valentino.

Selain gaun, persalinan dua helai turut menjadi pilihannya. Florence tampil seksi dalam baju panas yang dipadankan bersama skirt jarang berlabuci di Minggu Fesyen Paris pada Mac 2023.

Bintang Midsommar ini memilih gaun asimetri putih-emas Victoria Beckham ketika hadir ke Academy of Motion Picture Arts and Sciences Governors Awards pada November 2022.

Sebulan sebelumnya, Florence menyarung gaun hitam sarat labuci rekaan Rodarte ke Academy of Motion Picture Arts and Sciences 2022 New Members Reception.

Sebulan sebelumnya, dia menghadiri tayangan perdana Don’t Wory Darling di Venice Film Festival dalam gaun hitam Valentino separa jarang yang berkilauan.

Gaun merah jambu terang menjadi pilihan pelakon ini kala menghadiri pertunjukan Valentino Haute Couture di Rome, Itali pada Julai 2022.

Foto: Getty Images

Baca: Trend Sarung Tangan Opera Yang Semakin Digilai Selebriti