fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM Profil: May Tan
Sienna Miller Umum Kehamilan Kedua
Uqasha Senrose Dirisik Dalam Satu Majlis Tertutup
5 Pasangan Selebriti Memilih Kehidupan Cinta Privasi
Dari Venice Ke Andaman, Ini Tempat Makan Malam Paling Romantik
Home > Gaya Hidup > Konsert Ella Diiktiraf Malaysia Book of Records

Konsert Ella Diiktiraf Malaysia Book of Records

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ratu Rock negara, Ella mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan ‘Most Concerts Tickets Sold Out: 10,000 Tickets In 24 Hours’ oleh Malaysia Book of Records.

Dia menjadi artis tempatan pertama meraih pencapaian itu menerusi konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Penyanyi berusia 56 tahun itu mengakui berasa bangga dan terharu dengan pengiktirafan yang diberikan kepadanya. “Saya menghargai dan berbangga atas penghormatan dan penghargaan serta sokongan daripada peminat dan kerana itu saya ucapkan terima kasih.”

Walau konsertnya diberi nama Jilid Akhir, pemilik nama Nor Zila Aminuddin menyangkal dakwaan bahawa ini adalah konsert penamatnya. “Ini bukan konsert terakhir saya sebagai anak seni. Sebaliknya cerita konsert ini akan dimuatkan dalam jilid akhir buku saya yang akan dikeluarkan nanti. Saya akan ke Singapura pada Ogos depan untuk mengadakan konsert.”

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse