fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
15 Fesyen Terbaik Selebriti Di LACMA Art + Film Gala 2023
Biz of Re X Portluxe: Beli-Belah Amal Untuk Anak Seni
7 Sepatu Boots Bakal Breakout Pada Musim Luruh/Sejuk 2023 Ini
Uniqlo Memilih J.W. Anderson Untuk Kolaborasi Terbaru Mereka
4 Tahun DOLLA, Imbas 7 Gaya Terbaik Pilihan GLAM
Home > Fesyen > Himpunan Fesyen Met Gala Paling Diingati Sepanjang Zaman

Himpunan Fesyen Met Gala Paling Diingati Sepanjang Zaman

Malam terbesar fesyen, Met Gala telah menampilkan pebagai gaya berani selebriti selama bertahun-tahun.

Met Gala yang berlangsung baru-baru ini turut mempersembahkan gaya terbaik selebriti bertemakan ‘Karl Lagerfeld: A Line Of Beauty’. Ia sempena memberi penghormatan kepada mendiang pereka fesyen tersohor kelahiran Jerman itu yang meninggal dunia pada 2019.

Selain penampilan barisan selebriti dalam persalinan segak dan memukau, turut mencuri perhatian malam itu adalah penampilan Doja Cat dengan prostetik wajah kucing. Jared Leto mengambil satu langkah ke hadapan dengan menyarung kostum kucing kesayangan Karl Lagerfeld, Choupette. Aktor berusia 52 tahun itu kemudiannya menggayakan persalinan serba hitam.

met gala

Foto: Sportskeeda

Semak sepuluh lagi gaya paling berani selebriti di karpet merah Met Gala.

Prev1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Cher, 1974

Pada tahun 70-an, tiada selebriti yang berani menggayakan trend ‘naked’ seperti Ratu Pop Cher. Dia mengenakan gaun jarang dengan perincian bulu di bahagian hujung tangan dan kaki.

Cher Met Gala

Foto: Getty Images

Prev1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse