fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kenali 10 Wangian Kota Paris Dalam Solférino Paris
Prada Paradoxe Wangian Avant-Garde Wanita GLAM
5 Wangian Floral Pilihan GLAM
Rawatan Spa Paling Berprestij Kini Di Starhill, Malaysia
Sunday Riley Rahsia Kulit Bersinar Sihat
Home > Cantik > Taraji P. Henson Buka Salun Kecantikan Sendiri Di Rumah

Taraji P. Henson Buka Salun Kecantikan Sendiri Di Rumah

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Nampaknya pelakon What Men Want, Taraji P. Henson memandang serius rutin kecantikan sehingga membuka salun sendiri di kediamannya.

Katanya kepada InStyle, dia mendapat inspirasi tersebut sewaktu ‘terperangkap’ di dalam rumah disebabkan pandemik Covid-19.

Akuinya, dia memerlukan dunia kecilnya sendiri dan bekerjasama dengan jenama penjagaan rambut miliknya, TPH by Taraji untuk menjadikan impian itu satu kenyataan.

“Rak salun saya dipenuhi dengan rangkaian TPH by Taraji dan beberapa produk yang saya suka, antaranya bulu mata palsu bermagnet Ashunta Sheriff Beauty Magnetieyes,” katanya.

Untuk mencipta pengalaman sebenar, dia malah bercadang untuk meletakkan mesin daftar tunai di satu sudut.

“Saya baru sahaja membeli mesin daftar tunai. Jangan tanya mengapa, ia membuatkan saya berasa gembira,” tambahnya.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse