Tampil Bold & Funky Dengan Koleksi Vibrant Audemars Piguet

Peredaran fesyen masa kini turut mempengaruhi rekaan jam tangan mewah seantero dunia dan Audemars Piguet tampil dengan koleksi Royal Oak Offshore Chronograph Selfwinding yang menampilkan siri jam tangan sebati dengan wanita berjiwa bold, funky dan tidak gentar mengenakan rona-rona terang yang pastinya menarik perhatian kepada si pemakai. Dipersembahkan buat pertama kali di Salon International de la Haute Horlogerie Genève (SIHH) 2018, koleksi ini menampilkan jam tangan dalam case 37 mm dan ketebalan 12.4 mm yang sempurna untuk pergelangan tangan wanita. Bagi menerapkan elemen kemewahan dan elegan koleksi ini turut bertatahkan 32 butir berlian 1.02 karat. Jiwa funky Royal Oak Offshore Chronograph Selfwinding pula diterapkan melalui penggunaan tali getah yang hadir dalam rona-rona bold yakni Deep Pink, Zesty Orange, Luscious Plum dan Wow White. It is not Audemars Piguet jika pilihan tidak ditawarkan. Selain kepelbagaian tali jam yang disediakan, anda juga boleh memilih di antara tiga case berbeza keluli tahan karat, emas, dan emas merah sekaligus memberi kebebasan kepada anda untuk menjadi lebih kreatif dengan pilihan yang paling sesuai dengan jiwa anda.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026

