fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
LIVE STREAMING : Louis Vuitton Fall/Winter 2020
Kembara Fesyen Kate Spade Melalui Stor Pop-Up Konsep Kreatif
Michael Kors Fall/Winter 2023 Collection Runway Livestream
Nicole Wayne, Global Girl
10 Detik Fesyen Terbaik Marilyn Monroe Sepanjang Zaman
Home > Fesyen > FENDI Mengumumkan Koleksi Kolaborasi Bersama Big Bang Taeyang

FENDI Mengumumkan Koleksi Kolaborasi Bersama Big Bang Taeyang

Rumah fesyen Itali Fendi telah mengumumkan kolaborasi terbaru mereka yang melibatkan sentuhan kreatif penyanyi popular Korea daripada kumpulan Big Bang, Taeyang.

 

Koleksi kapsul bergelar “FENDI for Young Bae” ini menampilkan ceraian seperti jaket, baju-T, beg galas, pouch, kasut, dan key charm dengan gabungan stail signatur Taeyang bersama intipati Koleksi Luruh/Sejuk 2017 mereka.

 
[envira-gallery id=”67677″]

FENDI Vocabulary merupakan tema utama untuk koleksi Luruh/Sejuk mereka dengan menggunakan perkataan seperti “THINK,” “FAITH,” dan “GRACE” yang mempunyai makna mereka yang mendalam dan serasi dengan visi Fendi.

 

“Saya merasa gembira dapat mengusahakan projek ini bersama Fendi dan berkongsikan koleksi kapsul ini merupakan satu rahmat buat saya. Bunga daisy merupakan bunga kegemaran saya dan perkataan-perkatan daripada FENDI Vocabulary itu menjadi inspirasi buat saya.

 

Rona warna untuk koleksi ini juga bermain dengan rona kegemaran Taeyang yakni hitam dengan bantuan Silvia Venturini Fendi dan Men’s Studio.

 

Koleksi istimewa ini bakal dikeluarkan di Hong Kong pada 27 Julai ini untuk meraikan pembukaan semula butik FENDI Men di Landmark, Hong Kong.

 

Tempahan awal juga boleh dibuat pada laman utama fendi.com mulai awal Julai.

 
[soliloquy id=”67676″]